Jika kata nama rama-rama itu digandakan, adakah menjadi "rama-rama rama-rama" atau "rama-rama-rama-rama" ? Terima kasih. | Untuk penggunaan nama haiwan, sila gunakan kata bilangan dan penjodoh bilangan. Contohnya, "Abang menangkap dua ekor rama-rama." | Lain-lain | 31.01.2024 |
selamat petang Bolehtak saya tanya tentang istilah perkataan? saya agak keliru dengan rama-rama dan kupu-kupu rama-rama = moth kupu-kupu = butterfly ? | Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 15.02.2019 |
Salam sejahtera, tuan. Di sini ada satu pertanyaan berkaitan dengan rama-rama dan kupu-kupu. Apakah padanan istilah bahasa Inggeris yang betul bagi rama-rama dan kupu-kupu? Terima kasih atas penjelasan tuan. | Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih. | Makna | 27.07.2017 |
Berkenaan kata ganda,adakah pengandaan kata itu bermaksud menyatakan penambahan kuantiti benda yang dimaksudkan, seperti 1buku-> buku-buku (maksud ada banyak buku) 2 rama-> rama-rama (maksud ??) Minta penjelasan ...terima kasih | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata ganda semu ialah perkataan yang asalnya wujud dalam bentuk ganda seperti kanak-kanak, kura-kura, rama-rama dan layang-layang. | Tatabahasa | 09.09.2017 |
Assalamualaikum, Apakah maksud rama-rama yang betul? Daripada kamus DBP: Rama-rama : [1.sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).] ATAU; [serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).] Berlaku percanggahan maksud. Kalau dalam English butterfly=kupu-kupu, moth=rama-rama. Yang manakah yang betul? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Jika berlaku percanggahan dalam data kami, untuk melihat makna yang lebih persis kami sarankan tuan/puan mengambil data daripada Kamus Pelajar. | Makna | 25.10.2013 |
Saya ingin bertanya penggunaan perkataan 'Si'. Jika saya mahu membuat tajuk cerita Rama-Rama Yang Gembira, adakah perlu saya menulis sebagai Si Rama-Rama Yang Gembira? Terima kasih. | Kami mencadangkan puan menggunakan tajuk "Rama-rama yang Gembira". | Tatabahasa | 26.11.2013 |
1.Adakah istilah Kupu-kupu ialah Moth? Bagaimana dengan istilah Rama-rama? Adakah Rama-rama ialah Butterfly? 2. Apakah penggunaan yang tepat dan terkini bagi kata ENGLISH? Adakah Bahasa Inggeris atau English? 3. Adakah istilah "bikin" masih terpakai dan sah digunakan dalam penggunaan persuratan? | 1. Kupu-kupu ialah moth dan rama-rama ialah butterfly. 2. Padanan perkataan English dalam konteks bahasa ialah bahasa Inggeris. 3. Perkataan ‘bikin’ dilabelkan sebagai bahasa percakapan maka tidak boleh digunakan dalam situasi rasmi. | Istilah | 30.01.2019 |
Salam sejahtera, Tuan. 1. Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu? 2. Serangga yg berwarna-warni hinggap pada bunga itu dipanggil rama-rama @ kupu-kupu? 3. catur Cina @ catur cina? Huruf c bagi perkataan "cina" sepatutnya huruf besar @ kecil? 4. Ampun, tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. @ Ampun tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. ( selepas perkataan ampun sepatutnya letakkan tanda koma atau tidak) Terima kasih atas penjelasan Tuan. | 1. Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. 2. Dalam konteks ini, nama yang lebih tepat ialah kupu-kupu. 3. Cina perlu dieja dengan huruf besar. 4. Ayat yang betul ialah: Ampun tuanku, patik akan menurut perintah tuanku. (koma selepas tuanku dan tidak perlu noktah) | Tatabahasa | 29.08.2020 |
Salam sejahtera. Di sini terdapat pertanyaan terhadap dua perkataan yang maksud BM-BI agak mengelirukan, iaitu kupu-kupu dan rama-rama. Adakah kupu-kupu=moth atau butterfly? dan rama-rama=butterfly atau moth? Ini adalah kerana terdapat percanggahan dalam kamus DPB dan kamus-kamus bergambar di pasaran. Yang mana satu maksud yang betul? Ribuan terima kasih atas jawapan daripada pihak DBP. | Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 19.06.2017 |
Soalan 1 a. ahli bulan sabit merah @ b. ahli Bulan Sabit Merah Soalan 2 a. Rama-rama hinggap pada bunga. @ b. Rama-rama hinggap di bunga. Soalan 3 a. sayur-sayuran sudah masak @ b. sayur-sayuran sudah matang Soalan 4 a. mencari kayu api di hutan @ b. mencari kayu api di dalam hutan TQ | Jawapan yang betul ialah 1. b. ahli Bulan Sabit Merah. 2. a. Rama-rama hinggap pada bunga. 3. a. sayur-sayuran sudah masak. 4. b. mencari kayu api di dalam hutan. | Lain-lain | 07.10.2010 |