Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ma.ra.ma] | راما٢

Definisi : 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma.ra.ma] | راما٢

Definisi : serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rama-rama (kata nama)
Bersinonim dengan kupu-kupu, iswara.,

Puisi
 

Rama-rama kebun Cik Daud,
     Hinggap di ranting lalu meniti;
Bila ada pulau di laut,
     Senang unggas tumpang berhenti.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama kebun Cik Daud, Hinggap di ranting lalu meniti; Bila ada pulau di laut, Senang unggas tumpang berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama bertali benang, Pergi ke kota Inderaputera; Bilakah kala menjadi senang, Menderitalah hamba setiap masa.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang berdebu, Sudah berdebu berderai pula; Lama saya tidak bertemu, Sudah bertemu bercerai pula.
Kurik Kundi Merah SagaTerunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina dari seberang, Rama-rama di pohon turi; Saya datang ke kampung orang, Manalah sama kampung sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai.
Kurik Kundi Merah SagaTurun mandi Kuala Kemaman, Rama-rama di punca kain; Sudahlah tiada janji berteman, Sama-sama mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaTerunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain.
123

Kembali ke atas