Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ma.ra.ma] | راما٢

Definisi : 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma.ra.ma] | راما٢

Definisi : serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rama-rama (kata nama)
Bersinonim dengan kupu-kupu, iswara.,

Puisi
 

Rama-rama kebun Cik Daud,
     Hinggap di ranting lalu meniti;
Bila ada pulau di laut,
     Senang unggas tumpang berhenti.


Lihat selanjutnya...(25)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blue butterfliesrama-rama biruBiologiEntomologiRama-rama dalam famili Lycaenidae, yang kecil dan berterbangan seperti burung laying-layang, misalnya rama-rama biru biasa (Polyommatus icarus), rama-rama biru kecil (Cupido minimus), rama-rama biru besar (Maculinae arion), dan rama-rama biru bukit kapur (Lysandra corion). Larvanya merembeskan cecair manis yang disukai semut.
bunga rama-ramabunga rama-ramaKesenianTiadaMotif batik berunsur haiwan berbentuk rama-rama, lazimnya dihubungkaitkan dengan corak pokok pada batik sarung.
birdwing butterflyrama-rama kepak biruBiologiEntomologiRama-rama dalam genus Ornithoptera, yang bersaiz besar, berwarna-warni, dan mempunyai sayap depan yang lebih kecil dan lebih panjang daripada sayap belakang. Rama-rama jantan biasanya mempunyai bentuk yang berbeza daripada rama-rama betina.
butterfly flowerbunga rama-ramaBiologiEkologiBunga yang didebungakan oleh rama-rama, misalnya bunga adap-adap, Mussaenda glabra. Di antara ciri bunga rama-rama termasuklah bentuk yang seperti tiub, pembekalan nektar, warna yang menarik, manakala antesis pula berlaku pada waktu siang.
industrial melanismmelanisme perindustrianBiologiGenetikFenomena yang berlaku pada rama-rama Biston sp, apabila perubahan gen mengakibatkan rama-rama berwarna cerah (B. Betularia) digantikan secara beransur oleh rama-rama berwarna gelap (B. Carbonaria) kerana habitat populasi digelapkan oleh jelaga hasil pencemaran di kawasan perindustrian maju di England.
Batesian mimicrykemimikan BatesianBiologiEkologiKemimikan spesies yang boleh dimakan dengan spesies yang tidak boleh dimakan oleh pemangsa untuk melindungi diri. Misalnya, spesies rama-rama yang boleh di makan oleh burung menyerupai spesies rama-rama yang tidak boleh dimakan oleh burung.
pheromoneferomonBiologiEkologiBahan kimia yang dihasilkan ke persekitaran yang mengawal perlakuan komunikasi individu lain dalam sesuatu spesies. Misalnya, bahan kimia yang dikeluarkan oleh rama-rama betina yang belum mengawan dapat dikesan oleh rama-rama jantan walaupun kedua-dua haiwan ini berada jauh dari satu sama lain.
mothrama-ramaPertanianTiadaTiada
mothrama-ramaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pantaleon (F)rama-ramaKesenianTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas