Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rama-rama (kata nama)
Bersinonim dengan kupu-kupu, iswara.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ocellus/ocellioselusBiologiEntomologi1. Mata ringkas yang terdiri daripada beberapa sel deria dan kanta kutikel tunggal. Mata ini terdapat pada sesetengah larva serangga dan kebanyakan serangga dewasa. 2. Bintik mata atau pola bak mata sayap rama-rama atau kupu-kupu.
heterogameteiheterogametBiologiHistologi dan Sitologi1. kn. Satu daripada dua gamet yang berkonjugat dan berbeza dari segi bentuk dan saiznya. anisogamet. 2. ks. Perihal menggambarkan haiwan berseks yang memiliki kromosom seks yang berlainan, iaitu kromosom XY atau kromosom XO. Pada kebanyakan haiwan, seks heterogamet biasanya terdapat pada yang jantan, sementara pada kupu-kupu/rama-rama, ikan, reptilia, burung dan amfibia tertentu, seks heterogamet pada yang betina. Pada tumbuh-tumbuhan diesius pula sifat seks heterogametnya lebih kompleks.
adaptationadaptasiKesusasteraanTiada

Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S. Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen “Uda dan Dara” karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan Dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen. Lihat juga terjemahan. 1">


Kembali ke atas