Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mai] | راماي

Definisi : 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mai] | راماي

Definisi : 1 terdiri drpd jumlah yg banyak (bkn orang): Pengunjung sangat ~ di pesta itu. ~ muai sangat ramai; terlalu ramai. 2 banyak penduduknya: Pd zaman itu, pelabuhan Melaka sangat ~. 3 tidak sunyi; sibuk; giat (bkn perdagangan): Pasaran saham sekarang tidak begitu ~ spt beberapa bulan dahulu. 4 orang banyak; umum: kegemaran ~ kegemaran orang banyak; khalayak ~ orang banyak; orang ~ orang kebanyakan; suara ~ suara orang banyak. 5 riuh-rendah (bunyinya); bising: Suara para penonton terlalu ~ sehingga orang bercakap di sebelah pun tidak kedengaran. 6 hebat atau dahsyat (bkn peperangan, perkelahian dll). 7 riang gembira; sangat meriah: Pesta itu sangat ~ kerana banyak orang yg mengunjunginya. beramai-ramai bersama-sama dgn orang lain yg ramai: Kami keluar ~ berarak berkeliling bandar. meramaikan 1 membuat supaya ramai; menjadikan banyak jumlah orang (penduduk, penghuni dsb): Kedatangan orang-orang baru telah ~ kampung kami. 2 menyebabkan bising (riuh-rendah); meriuhkan: ~ suasana. keramaian majlis utk merayakan sesuatu; pesta: Satu ~ telah diadakan di Taman Tasik utk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. seramai sebanyak; sejumlah: Penduduk bandar itu ~ sejuta orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Anak lutung di pokok jelutung,
     Anak mawas di pokok ara;
Ramai-ramai kita berpantun,
     Kerana memuja teruna dan dara.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Bunyi Cina karam.

Bermaksud :

Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. Perkataan yang manakah paling sesuai? Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang?Isu itu mendapat perhatian daripada orang ramai / ramai orang. 
Kedua- duanya betul. Yang paling sesuai ialah orang ramai.

Apakah perbezaan antara orang ramai dan ramai orang? 

Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam.
Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.
Tatabahasa21.09.2012
Ingin bertanya tentang perbezaan dan penggunaan "banyak" dan "ramai". "Ramai orang suka makan kueh tiau di gerai itu." Adakah ayat ini betul? Atau "Banyak orang suka makan kueh tiau di gerai itu." adalah ayat yang betul. Harap pihak tuan dapat membantu saya. TQ

Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Banyak orang suka makan kuetiau di gerai itu" adalah betul.

Tatabahasa23.01.2011
Apakah perbezaan antara 'orang ramai' dengan 'ramai orang'Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.Makna24.07.2013
Assalamualaikum. saya kurang faham penggunaan orang ramai dan ramai orang. Adakah ayat ini betul ? ( gambar satu kemalangan jalan raya ) Orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. atau ramai orang datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. Mana satu ayat yang betul.Kedua-dua ayat tersebut betul. Orang ramai dan ramai orang ada membawa maksud yang sama iaitu khalayak ramai, orang banyak atau umum. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih persis ialah orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu.Tatabahasa16.06.2009
REGATTA KAYAK UPSI kali ke 13 MASUK ADALAH PERCUMA ! JOM MASUK RAMAI - RAMAISalam sejahtera,

Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila kemukakan permohonan melalui http://dbpsahbahasa.my/.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.11.2018
Pencuri itu dikejar oleh "orang ramai" atau"ramai orang"??? Yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Ayat yang betul - Pencuri itu dikejar oleh orang ramai. 'orang ramai' dalam ayat tersebut merupakan frasa nama yang merujuk kepada masyarakat.Tatabahasa17.01.2011
penggunaan ramai untuk ramai orang betul ke? atau byk orang? ramai digunakan untuk suasana juga ke?Ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Juga merujuk suasana atau keadaan sesuatu tempat.  Tatabahasa31.03.2009
Perbezaan perkataan banyak dengan ramaiRamai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Tatabahasa21.05.2013
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan antara kata "banyak" dengan "ramai"? Adakah kedua-dua kata boleh digunakan untuk manusia? Apakah perbezaan antara "banyak orang" dengan "ramai orang" ? "Ramai murid" atau "banyak murid" yang betul? Terima kasih.Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Tatabahasa16.07.2013
dikagumi oleh orang ramai atau ramai orangKedua-duanya betul, tetapi yang paling tepat ialah dikagumi oleh orang ramai bermaksud dikagumi oleh khalayak umum.Tatabahasa03.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas