Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ma.lan] | راملن

Definisi : Id ® Ramadan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma.lan] | راملن

Definisi : sesuatu yg diramalkan, dugaan, telah­an, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ma.lan] | راملن

Definisi : sesuatu yg diramalkan: ~nya tidak tepat. kitab ~ kitab nujum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramal
Kata Terbitan : meramalkan, ramalan, peramalan, peramal,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weather forecastramalan cuacaMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan keadaan atmosfera dengan merujuk pada satu unsur cuaca atau lebih. Terdapat pelbagai jenis ramalan cuaca. Antaranya termasuk ramalan harian, ramalan jangka sangat pendek, ramalan jangka pendek, ramalan jangka pertengahan, ramalan jangka panjang, ramalan panjangan, ramalan tempatan, ramalan wilayah, ramalan cuaca marin, ramalan cuaca penerbangan, ramalan berangka, ramalan statistik, dan ramalan klimatologi. Juga disebut ramalan meteorologi.
futuristic artcitra futuristikKesenianTiada1. Citra yang menggambarkan ramalan-ramalan masa depan.,2. Citra yang berhubung dengan futurisme.
airways forecast, aviation forecast, aviation weather forecastramalan cuaca penerbanganMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan unsur-unsur cuaca, seperti siling, ketampakan, angin atas, pengaisan, kegeloraan, dan pelbagai jenis kerpasan dan ribut bagi tujuan penerbangan. Ramalan cuaca penerbangan boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu ramalan kawasan, ramalan terminal, ramalan laluan udara, dan ramalan penerbangan.
flight forecastramalan penerbanganMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan cuaca penerbangan untuk penerbangan tertentu. Ramalan ini merupakan ramalan perjalanan, dan berubah mengikut laluan pesawat. Lihat juga FIFOR.
objective forecastramalan objektifMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan cuaca yang keseluruhannya berdasarkan penerapan peraturan atau persamaan termodinamik, hidrodinamik atau statistik kepada unsur-unsur meteorologi terpilih tanpa mengambil kira pertimbangan peribadi peramal. Ramalan cuaca berangka merupakan contoh ramalan yang hampir keseluruhannya objektif. Contoh yang lebih mudah termasuklah ramalan suhu malam minimum atau ramalan kabut sinaran dengan menggunakan kebanyakannya peraturan empirik berdasarkan nilai cerapan unsur seperti suhu, takat embun, kelajuan angin, dan banyaknya awan.
objective forecastramalan objektifSainsHidrometeorologiRamalan cuaca yang keseluruhannya berdasarkan penerapan peraturan atau persamaan tunggal, atau gabungan peraturan atau persamaan kepada cerapan unsur-unsur meteorologi tercerap dan terpilih; oleh itu pertimbangan peribadi peramal lenyap sama sekali. Ramalan cuaca berangka merupakan contoh ramalan yang hampir keseluruhannya objektif. Contoh yang lebih mudah termasuklah ramalan suhu malam minimum atau ramalan kabut sinaran dengan menggunakan kebanyakannya peraturan empiris berdasarkan nilai cerapan unsur seperti suhu, takat embun, kelajuan angin, dan banyaknya awan.
numerical forecastramalan berangkaMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan perlakuan gangguan atmosfera berdasarkan penyelesaian berangka persamaan asas hidrodinamik yang tertakluk kepada keadaan awal yang tercerap. Apabila digunakan untuk gangguan atmosfera berskala siklon dalam bentuk model dinamik, penyelesaian ini merupakan suatu kaedah ramalan sifat sistem tekanan latitud tengah yang berpindah-pindah. Ramalan berangka selalunya dilakukan dengan bantuan komputer yang berkeupayaan tinggi. Juga disebut ramalan cuaca berangka, ramalan dinamik.
long range weather forecastramalan cuaca jangka panjangGeografiTiadaRamalan cuaca bagi tempoh melebihi lima hari dan ketepatan ramalan tidak sebegitu tepat seperti ramalan 24 jam.
persistance forecastramalan kemantapanSainsHidrometeorologiRamalan yang menyatakan bahawa keadaan cuaca pada masa depan adalah sama dengan keadaan sekarang. Ramalan kemantapan selalunya digunakan sebagai piawai perbandingan dalam pengukuran kecekapan ramalan yang menggunakan kaedah lain.
random forecastramalan rawakMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan cuaca yang berasaskan nilai unsur-unsur meteorologi yang dipilih secara rawak. Ramalan cuaca jenis ini kadangkala digunakan sebagai asas perbandingan dalam menilai kejayaan ramalan yang dibuat dengan kaedah yang lebih lazim.
12345678910...

Kembali ke atas