Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ma.san] | رامسن

Definisi : pegangan atau picitan utk me­ramas: ia berasa satu ~ yg mesra di bahunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ramas
Kata Terbitan : meramas, meramas-ramas, ramasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Pluchea indicabeluntasHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan renek dalam famili Asteraceae yang dikenali juga sebagai beluntas paya. Tumbuhan ini tumbuh liar di belukar dan paya berhampiran pantai. Ketinggiannya mencapai 2 meter dan mempunyai banyak cabang. Daunnya berbentuk obovat dan tepinya bergerigi dentat. Jambak bunganya bercabang dan terdapat pada hujung tangkai. Bunganya kecil berwarna putih, banyak dan tersusun padat pada jambak yang berbentuk tongkol. Daunnya dibuat ubat demam dan cirit-birit. Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengubati bisul, kudis, luka, ulser, cacar air dan penyakit kulit. Daun muda dijadikan ubat pupuk untuk mengubati lumbago. Air ramasan daunnya diminum untuk merawat bau badan, nafas berbau dan keputihan. Pucuknya pula dimakan sebagai ulam.

Kembali ke atas