Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : ; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum spp.; cenda­wan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Maras­mius gordipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1 bulu yg tumbuh di kepala manusia: ~nya lebat dan hitam. 2 benda spt rambut 1 (yg halus-halus dan panjang): akar ~. berambut ada rambutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam (= warnanya).

Bermaksud :

Orang yang sudah setengah umur.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaRambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat.
Kurik Kundi Merah SagaRambut ikal cuma berlicin, Jikalau mandi dibasah jangan; Abang sayang kami miskin, Kalau jadi menyesal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaSikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.
Kurik Kundi Merah SagaPanjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati.
Kurik Kundi Merah SagaPanjang rambut Siti Rumilah, Panjang melilit ke tumit kaki; Intan jemara intan terserlah, Intan sebuku jantung hati.
Kurik Kundi Merah SagaSisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna.
Kurik Kundi Merah SagaSisir-sisir rambut panjang, Sudah disisir disolek bunga; Fikir-fikir sepanjang-panjang, Sudi menatang kitak berdua.
Kurik Kundi Merah SagaCik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?
Kurik Kundi Merah SagaAlang manis buah rambut, Dalam seikat masak sebiji; Alang manis senyuman mulut, Dalam kampung payah kucari.
123456

Kembali ke atas