Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting

1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya.

2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting.

Tatabahasa07.07.2011
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei mengikat rambut. b.Mei Meimenyikat rambut.(atau) Mei Mei mengikat rambut atau mengikat rambut.@Mei Mei mengikat atau menyikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Jawapan yang betul ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal">Mei Mei mengikat atau menyikat rambut?i>Tatabahasa12.08.2014
ayat mana yang betul. 1. Rambut Nina sudah bersikat atau 2. Rambut Nina bersikat.Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bersikat bermaksud telah (sudah) disisirkan.  Oleh itu, ayat 2 lebih tepat.Lain-lain25.07.2012
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam?1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air.

2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit.
Lain-lain27.02.2024
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Ayat yang betul dan logik ialah Mei Mei menyikat dan mengikat rambut.Tatabahasa11.08.2014
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam. (Adakah kata penguat amat dan terlalu boleh hadir serentak?) 2. Kakak memasukkan beberapa biji ais ke dalam minumannya. (Adakah penjodoh bilangan bagi ais ialah biji?) Sekian, terima kasih.Ayat Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah ... teramat hitam atau ... amat hitam sekali.Tatabahasa13.06.2012
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Ayat yang gramatis: Mei Mei sedang menyikat dan mengikat rambutnya.Tatabahasa28.07.2015
1. Perkataan "internet" sepatutnya ditulis sbg internet @ Internet? Adakah ia kata nama am @ khas? 2. mencantas rambut & memangkas rambut betul atau salah ? Terima kasih1. Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat.
2. Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun;  Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dan lain-lain). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas"  iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas.
Makna04.05.2017
APAKAH PENJODOH BILANGAN YG SESUAI UNTUK 1. SIKAT RAMBUT. 2. REBUNG (rebung yg masih di pangkal pokok buluh). Terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai bagi sikat rambut dan rebung ialah batang.Tatabahasa02.09.2007
apakah terjemahan yang sesuai bagi tuntutan produk penjagaan rambut seperti di bawah: 1. Nourished hair 2. Nourishing hair 3. Nourish
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan, kami mencadangkan terjemahan yang berikut:

1 nourished hair - rambut subur
2. nourishing hair - menyuburkan rambut
3. nourish - menyuburkan
Penyemakan dan penterjemahan27.09.2022
12345

Kembali ke atas