Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Saya ingin bertanya tentang peribahasa-peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut: i/ bagai isi dengan kuku ii/ kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya iii/ rambut sama hitam, hati lain-lain Terima kasihSaudara boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain, buku Peribahasa Sekolah Menengah, susunan Asiah Abdul Rahman untuk tujuan tersebut.  Lain-lain03.10.2009
Salam tuan/puan. Saya ingin bertanya beberapa soalan. 1. Mana satu ayat betul dari segi tatabahasa? Apa yang perlu dia lakukan? / Apa yang perlu dilakukan olehnya? 2. Adakah kata tanya boleh diletak di tengah ayat? Cth: i. Rambut awak kenapa pendek sangat? ii. Awak kawan rapatnya, tahukah awak pergi ke mana? iii. Cikgu, adakah soalan ini betul?Untuk soalan 1, ayat yang betul ialah “Apakah yang perlu dilakukannya?”

Untuk soalan 2, kata tanya boleh wujud pada awal, tengah dan akhir ayat. Ayat yang betul ialah:
i. Mengapakah rambut awak sangat pendek?
ii. Awak kawan rapatnya, tahukah awak mengapa dia pergi?
iii. Cikgu, adakah soalan ini betul?

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Nahu Melayu Mutakhir (DBP, 2015) hlmn. 435-444.
Tatabahasa26.01.2024
Tolong jelaskan maksud tersirat bagi frasa di bawah. i. "Hai encik, jangan bersorak dahulu, itu anak raja berlabuh tirai!" (maksud berlabuh tirai) ii. "Jangan tuan-tuan bersorak dahulu, itu anak raja berpangkas gombak." (maksud berpangkas gombak) Sekian, terima kasih.Tidak ada perkataan berlabuh tirai dalam pangkalan data kami, perkataan yang ada ialah tirai berlabuh yang bermaksud berhenti atau singgah. Gombak bermaksud jambul dan berpangkas bermaksud bergunting. Perkataan berpangkas gombak diungkapkan dalam cerita Melayu klasik yang bermaksud bergunting jambul/rambut.Tatabahasa31.03.2012
Apakah peribahasa yang sesuai untuk petikan di bawah? Ketua kampung kesal akan sikap penduduk yang membisu semasa mesyuarat diadakan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama _____ (i)______. Mereka tidak sepatutnya mengemukakan pendapat dengan sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ______ (ii)_____. Walaubagaimanapun sebagai ketua, beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak buahnya bagai _______(iii)_____ supaya penyelesaian yang dibuat dapat memuaskan hati semua pihak.Menurut data kami, peribahasa yang sesuai ialah i. rumah siap pahat berbunyi iii. bagai menarik rambut dalam tepung. Manakala tiada jawapan ditemukan bagi soalan ii, sila rujuk kamus peribahasa.Lain-lain19.10.2018

Kembali ke atas