Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.pai.ram.pai] | رمڤاي

Definisi : campuran berbagai-bagai macam: cerita ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rampai-rampai

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rampai-rampaicampuran berbagai-bagai macam: cerita ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
rampaian1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa me-nulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan).Kamus Dewan Edisi Keempat
rampai1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam; bunga ~ a) campuran ber­bagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll); minyak ~ campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan utk dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~; merampai 1. membuat berbagai-bagai (ber­macam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu me­muji-muji murid yg banyak betul; 2. men­campur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg diram­pai dgn kacang panjang; gulai ikan yg di­ram­pai dgn terung; merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar; rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa menulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan).Kamus Dewan Edisi Keempat
rampaicampuran yg berbagai-bagai: bunga ~ campuran berbagai-bagai bunga dan daun yg harum baunya. merampai 1 mencampurkan (berbagai-bagai) sayur ke dlm sesuatu masakan: Dia ~ gulai ikan dgn terung, kacang panjang dan tomato. 2 membuat bermacam-macam latihan sekolah dll: Sesudah ~, murid-murid disuruh menyemak kerja masing-masing. merampaikan 1 mencampurkan berbagai-bagai bunga. 2 menjadikan (berbagai-bagai jenis) sayur sbg campuran dlm sesuatu masakan. rampaian 1 campuran pelbagai macam (benda). 2 latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah. perampai (berbagai-bagai jenis) sayur yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rampaicampuran yg berbagai-bagai: bunga ~ campuran berbagai-bagai bunga dan daun yg harum baunya. merampai 1 membuat bermacam-macam latihan sekolah dll: Sesudah ~ murid-murid disuruh menyemak kerja masing-masing. 2 mencampurkan (berbagai-bagai) sayur ke dlm sesuatu masakan: Dia ~ gulai ikan dgn terung, kacang panjang dan buah tamato. merampaikan 1 mencampurkan berbagai-bagai bunga. 2 menjadikan (berbagai-bagai jenis) sayur sbg campuran dlm sesuatu masakan. rampaian 1 campuran pelbagai macam (benda). 2 latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah. perampai (berbagai-bagai jenis) sayur yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan.Kamus Pelajar
rumput-rampaibermacam-macam jenis rumput.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bunga rampaicampuran berbagai-bagai bunga dan daun yg harum baunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bunga rampaicampuran carikan beberapa jenis bunga dan daun-daunan yg harum baunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rumput rampaiberbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput;Kamus Dewan Edisi Keempat
minyak rampaicampuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai rumput;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas