coup d�Etat | rampasan kuasa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera atau pihak awam untuk menjatuhkan kerajaan. Rampasan kuasa biasanya dilakukan oleh kelompok kecil kepimpinan tentera atau pihak awam melalui konspirasi politik terancang. Rampasan kuasa biasanya menggunakan taktik mengawal bahagian penting ketenteraan dan memastikan bahagian lain perkhidmatan bersifat berkecuali. Kumpulan utama ketenteraan ini menyingkirkan kepimpinan kerajaan, mengawal bahagian penting jentera kerajaan, saluran komunikasi seperti stesen televisyen dan radio, dan infrastruktur penting seperti perkhidmatan bekalan tenaga elektrik. Contohnya, pada zaman tradisional, rampasan kuasa pernah berlaku dalam empayar Rom. Pemerintah empayar Rom umpamanya Caligula dan penggantinya Claudius telah memegang tampuk pemerintahan melalui rampasan kuasa. Pada masa kini, rampasan kuasa kerap terjadi di negara membangun seperti Afrika, Amerika Latin dan Asia. Rampasan kuasa juga berlaku di beberapa negara di Eropah dan Pasifik. Contohnya, rampasan kuasa di Pakistan (1999), Fiji (2000), Guinea-Bissau (2003) dan Thailand (2006). Sinonim kudeta. |
coup d'etat | rampasan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan politik yang bersifat mendadak dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan atau pemerintahan dan seterusnya mengambil alih kuasa tersebut. Tindakan ini lazimnya dilakukan oleh golongan tentera atau pemimpin awam yang mendapat bantuan ketenteraan. Dari sudut sosiologi, rampasan kuasa terjadi dalam keadaan sesebuah kerajaan yang ekonomi dan sosialnya tidak stabil. Rampasan kuasa berbeza daripada revolusi. Revolusi merombak keseluruhan sistem masyarakat dan negara, sementara rampasan kuasa hanya menukar kepimpinan kerajaan atau elit yang memerintah tanpa mengubah struktur masyarakatnya. Pihak yang merampas kuasa biasanya akan mengembalikan urusan pemerintahan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru apabila keadaan sosial telah kembali stabil. Namun begitu, terdapat juga situasi yang mengekalkan kuasa golongan yang melancarkan rampasan kuasa ini . Contohnya kebanyakan negara Amerika Latin dan Afrika mengalami kudeta tentera pada dekad 1960-an dan 1970-an. Sinonim kudeta/coup d'etat. |
forfeiture | rampasan; perampasan | Geografi | Tiada | Tiada |
forfeiture | rampasan; perampasan; pelucuthakan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
plunder | rampasan | Sejarah | Tiada | Perbuatan merompak, merampas, mengganas dengan menggunakan kekerasan oleh seorang atau kumpulan. |
forfeiture | rampasan; perampasan | Sejarah | Tiada | Tiada |
forfeiture | rampasan; perampasan; pelucuthakan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelucuthakan: Kehilangan hak disebabkan penglibatan dalam jenayah atau pelanggaran perjanjian. Justeru itu hak di bawah polisi insurans hayat boleh dilucutkan jika insured gagal membayar premium. |
forfeiture | rampasan; perampasan; pelucuthakan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
forfeiture | rampasan; perampasan; pelucuthakan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
prize | harta rampasan laut | Undang-undang | Tiada | Tiada |