Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mu] | رامو

Definisi : ; meramu mencari bahan-bahan (kayu, ubat, dll) utk dipakai (digunakan): ~ akar-akaran dan daun-daunan utk membuat ubat; ~ rumah mencari kayu yg baik utk rumah; ramuan 1. bahan-bahan yg diperlukan utk mem­buat sesuatu (kayu-kayan utk rumah, daun-daun dan akar-akar utk ubat dll): me­lain­kan diubatilah Tunku dgn ilmu dan ~; 2. rempah-rempah yg dipakai utk menyedap­kan gulai, bumbu, rampai: lepas itu gorenglah ~-~ yg lain kecuali telur yg sudah digoreng dan tauhu; 3. ki benda-benda yg perlu utk digunakan: bahawa jiwa Islam dan Quran itulah yg memberikan ~ istimewa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mu] | رامو

Definisi : ; meramu mencari bahan-bahan yg diperlukan utk dijadikan sesuatu: Pagi-pagi lagi, nenek itu pergi ~ akar-akar kayu utk dibuat ubat. ~ rumah mencari kayu yg diperlukan utk membuat rumah. ramuan bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (spt akar-akar atau daun-daun utk dibuat ubat, kayu utk dibuat rumah): Apakah ~ yg dikehendaki utk membuat sambal daging? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramu
Kata Terbitan : meramu, ramuan,

Puisi
 

Sayur ubi sayur keladi,
     Mari ramu punca kain;
Tuan berbini saya berlaki,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ramuramuKesenianTiadaIkatan pengukuh tapak anyaman bakul. Simpul mati yang dibuat pada bahagian tapak anyaman kekal yang dibuat secara berulang atau berturutan.

Kembali ke atas