Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : sj pancang yg ditajamkan di hujung­nya supaya dapat dicucukkan ke tanah (utk menandai, turus pagar, dll); merancang 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : ; berancang 1. dgn diatur (difikir­kan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~; merancang 1. mengatur lebih dahulu, mem­persiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. meng­anggarkan: negara ~ jumlah peng­hasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mem­per­timbangkan: ke­raja­an Indonesia ~ hendak memutuskan hu­bung­­­an diplomatik dgn China Komunis; terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; rancangan 1. sesuatu yg dirancang, per­sediaan, persiapan, program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb); perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa; perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemu-dahan bagi orang awam utk merancang keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : ; ~ besi a) sj tumbuhan (pokok renek), tongkat ali, dedawai, sedawai, Smilax calophylla; b) sj tumbuhan (pokok me­manjat), pudak tikus, Freycinetia malaccensis; ~ hantu sj tumbuhan (sakat), serugut, Tropidia curculigoides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : pancang yg tajam hujungnya dan dipacakkan ke tanah (spt bilah yg diberi bergetah utk menangkap burung). merancang 1 memacakkan rancang ke tanah (utk menandai sempadan dll). 2 kelihatan mencuar-cuar tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : ; berancang (dgn) di­fikirkan terlebih dahulu: pembunuhan ~ pembunuhan yg memang sudah difikirkan terlebih dahulu. merancang 1 mengatur sesuatu lebih dahulu; merencanakan: Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan utk ~ penubuhan universiti itu. 2 membuat anggaran; menganggarkan: Persatuan itu belum lagi ~ pendapatan dan perbelanjaannya utk tahun depan. 3 mengagak-agak; memikir-mikirkan apa-apa yg hendak dibuat: Dia ~ bagaimana hendak melanjutkan pelajarannya ke Eropah. rancangan sesuatu (spt acara, program) yg dirancang lebih dahulu; persediaan; persiapan: ~ kemajuan; ~ lima tahun. perancangan perbuatan (hal dsb) merancang. perancang orang (lembaga dll) yg merancang: Lembaga ~ Keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang
Rujuk :pancang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Jika apa yang kita rancang/plan dan ianya berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah dari Allah. Tetapi jika tidak berjalan apa yang telah kita rancang, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang , itu adalah suatu anugerah Ilahi yang di tangguhkan / ditunda sebab Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk yang terbaik dari Allah ,terus berusaha mencari peluang dan sentiasa fukus, yakin pada diri anda serta bertawakkal padaNya.Untuk makluman, tidak ada soalan dalam ayat yang saudara berikan.Lain-lain29.10.2015
Apakah perbezaan antara kata rencana dan rancang? Adakah perbezaan dari segi semantiknya?

Perkataan "rencana" membawa maksud karangan, catatan, rancangan dan acara. Manakala perkataan "rancang" pula membawa maksud mengatur, merencana, menjadualkan, merangka, menyusun, mempersiapkan dan menyediakan. Perbezaan dari segi semantik dilihat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut dalam ayat.

Tatabahasa18.01.2020
Assalamualaikum Tuan, Minta tolong jasa baik tuan untuk semak dan edit ayat di bawah dengan bahasa melayu yang betul seperti di bawah ini: "Jika apa yang kita rancang/plan dan ianya berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah dari Allah. Tetapi jika tidak berjalan apa yang telah kita rancang, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang , itu adalah suatu anugerah Ilahi yang di tangguhkan / ditunda sebab Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk yang terbaik dari Allah ,terus berusaha mencari peluang dan sentiasa fukus, yakin pada diri anda serta bertawakkal padaNya. Terima kasih atas jasa baik tuan Wassalam HasbiJika apa yang dirancang berjalan sesuai dengan racangan kita, itu adalah anugerah/hadiah daripada Allah. Tetapi jika sebaliknya, terimalah dengan hati dan jiwa yang tenang. Perancangan itu ditunda buat sementara waktu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mintalah petunjuk, di samping berusaha mencari peluang, sentiasa fokus, yakin pada diri dan bertawakkal kepada-Nya.Lain-lain03.11.2015
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah ayat yang betul? (a) "Berapakah jumlah aset yang anda merancang untuk ketepikan untuk tujuan pelaburan?"; atau (b) "Berapakah jumlah aset yang anda rancang untuk ketepikan untuk tujuan pelaburan?" Terima kasih.

Ayat yang betul ialah Berapakah jumlah aset yang anda rancang untuk diketepikan bagi tujuan pelaburan?

Tatabahasa03.10.2021
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pemandangan di sini permai sekali. 2. Seronok betul melihat ragam kanak-kanak itu. 3. Hal itu telah saya rancang. 4. Abang membeli sebuah rumah teras. Terima kasih.Keempat-empat ayat contoh yang diberikan betul.Tatabahasa12.09.2012
pelaksanaan atau perlaksanaanUntuk makluman,

Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya).

Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dan sebagainya).
Tatabahasa14.03.2017
Apakah perbezaan pelaksanaan dan perlaksanaan ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan;manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil drpd melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga;Istilah29.03.2013
Bilakah perkataan "pelaksanaan" dan "perlaksanaan" digunakan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil daripada melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dan sebagainya): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga.Tatabahasa30.04.2013
Umu Aimi Mar 3rd, 12:16pm assalamualaikum.. nama saya Aimi. maaf kalau saya mengganggu masa Tuan. Baru-baru ni saya hadir program majlis wacana ilmu di smk seremban jaya . saya tertarik dengan ucapan dari Datuk Dr haji Awang sendiri, mengenai keadaan bahasa kita sekarang . jadi saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mngenai program DBP dan kalau berkesempatan saya teringin juga nak menyumbang sedikit tenaga untuk menggerakkan bahasa melayu . saya harap DBP sudi menerima dan mengajar saya yang tak seberapa ni. sekarang ni saya tengah rancang dengan kawan-kawan alumnai sekolah saya untuk buat satu program pemantapan bahasa melayu. kalau Tuan ada masa yang lapang saya harap pihak Tuan dapat kongsi sedikit tips atau apa-apa cadangan supaya program yang kami nak jalankan ini mantap. maaf kalau bahasa yang saya guna agak kasar atau tidak sesuai dan harap Tuan dapat tegur kesalahan saya. terima kasih . assalamualaikum w.b.tUntuk makluman tuan, DBP akan menguar-uarkan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan melalui laman web kami. Tuan boleh mengambil bahagian dan bersama-sama kami dalam kegiatan yang sesuai. Sebarang pertanyaan boleh hubungi, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, TUan Haji Razali Che Mat di talian 03-21479000 atau e-mel razali3@dbp.gov.my.Lain-lain03.03.2015

Kembali ke atas