Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : sj pancang yg ditajamkan di hujung­nya supaya dapat dicucukkan ke tanah (utk menandai, turus pagar, dll); merancang 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : ; berancang 1. dgn diatur (difikir­kan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~; merancang 1. mengatur lebih dahulu, mem­persiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. meng­anggarkan: negara ~ jumlah peng­hasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mem­per­timbangkan: ke­raja­an Indonesia ~ hendak memutuskan hu­bung­­­an diplomatik dgn China Komunis; terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; rancangan 1. sesuatu yg dirancang, per­sediaan, persiapan, program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb); perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa; perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemu-dahan bagi orang awam utk merancang keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : ; ~ besi a) sj tumbuhan (pokok renek), tongkat ali, dedawai, sedawai, Smilax calophylla; b) sj tumbuhan (pokok me­manjat), pudak tikus, Freycinetia malaccensis; ~ hantu sj tumbuhan (sakat), serugut, Tropidia curculigoides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : pancang yg tajam hujungnya dan dipacakkan ke tanah (spt bilah yg diberi bergetah utk menangkap burung). merancang 1 memacakkan rancang ke tanah (utk menandai sempadan dll). 2 kelihatan mencuar-cuar tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ran.cang] | رانچڠ

Definisi : ; berancang (dgn) di­fikirkan terlebih dahulu: pembunuhan ~ pembunuhan yg memang sudah difikirkan terlebih dahulu. merancang 1 mengatur sesuatu lebih dahulu; merencanakan: Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan utk ~ penubuhan universiti itu. 2 membuat anggaran; menganggarkan: Persatuan itu belum lagi ~ pendapatan dan perbelanjaannya utk tahun depan. 3 mengagak-agak; memikir-mikirkan apa-apa yg hendak dibuat: Dia ~ bagaimana hendak melanjutkan pelajarannya ke Eropah. rancangan sesuatu (spt acara, program) yg dirancang lebih dahulu; persediaan; persiapan: ~ kemajuan; ~ lima tahun. perancangan perbuatan (hal dsb) merancang. perancang orang (lembaga dll) yg merancang: Lembaga ~ Keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancang
Rujuk :pancang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Smilax calocarpaKerancang besi, rancang tembaga, itah besiPertanianTiadaTumbuhan jenis herba berubi dalam famili Smilacaceae juga dikenali sebagai rancang besi, rancang tembaga dan itah besi. Tumbuhan ini terdapat di kawasan tanah gambut hingga hutan bukit. Tumbuhan ini mempunyai batang kecil dan liat seperti dawai. Daunnya bentuk bujur dengan urat jenis selari. Buahnya bulat, kecil dan keras. Akar mengeluarkan ubi yang keras. Ubinya dimakan untuk afrodisiak, meningkatkan tenaga, membaiki sistem peredaran darah dan membaiki organ pembiakan.
Smilax calocarpakerancang besiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba berubi dalam famili Smilacaceae yang dikenali juga sebagai rancang besi, rancang tembaga dan itah besi. Tumbuhan ini terdapat di kawasan tanah gambut hingga hutan bukit. Tumbuhan ini mempunyai batang yang kecil dan liat seperti dawai. Daunnya berbentuk bujur dengan urat jenis selari. Buahnya bulat, kecil dan keras. Akarnya mengeluarkan ubi yang keras. Ubinya dimakan untuk afrodisiak, meningkatkan tenaga, membaiki sistem peredaran darah dan membaiki organ pembiakan.
unplanned purchasingbelian tak rancangPentadbiranTiadaTiada
canned programmeprogram tersiap rancangKejuruteraanTiadaTiada
accident and sickness benefit planrancang faedah sakit dan kemalanganPentadbiran PerniagaanTiadaTiada

Kembali ke atas