1. Penamaan sesuatu aktiviti dibolehkan dalam bentuk kata nama atau kata kerja. Contohnya; dalam bentuk kata nama - pertandingan nyanyian dan pertandingan deklamasi sajak, dalam bentuk kata kerja pertandingan bercerita dan pertandingan memasak.
2. Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah jam randik (lihat di bawah entri jam) iaitu jam untuk mengukur dgn detik. Manakala jam randek digunakan dalam bahasa Melayu di Jakarta yang sama maknanya dengan jam randik.
3. Perkataan jawapan dan jawaban kedua-duanya betul iaitu kata terbitan bagi perkataan jawab.
4. Dalam kamus Dewan, tetamu ialah orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain, atau disebut juga sebagai orang jemputan, jamu dan tamu.
Thanks for clicking. That felt good.