Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1 tulang-tulang yg menentukan bentuk tubuh manusia atau binatang; kerangka. 2 tulang-tulang atau kerangka pd rumah (yg menunjukkan bentuknya). 3 garis-garis kasar bagi sesuatu perkara; rancangan: Sebelum mengarang, sediakanlah ~nya dahulu. berangka mempunyai rangka; ada bentuknya (bangunnya). merangkakan membuat atau mengatur rangka utk sesuatu: Mereka berusaha ~ satu projek yg menguntungkan semua pihak. merangka-rangkakan mengatur-atur; mereka-reka: Ia ~ bahan yg akan diucapkan esok. perangka orang atau pihak yg merangkakan sesuatu: Para ~ program itu sedang bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rangka tindakan ekonomi digital : membina kekayaan dalam era e-niagaInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2007983-068-197-1
Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah 1995-2010Jabatan Ketua MenteriTiada1995 
Rangka rancangan jangka panjang kedua 1991-2000 Tiada1991 
Rangka strategi kebudayaan Tiada  
Rangka ManusiaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Tulang rangkaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20059836274944
Otot dan rangka penggerak kehidupanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20089836276131
Seminar Kebahasaan dalam Rangka Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), 18-19 Mac 1996Pusat Pembangunan & Pengembangan Bahasa Departmen Pendidikan19 March 19961996 
Awalan 'me'- dalam rangka semantikUniversitas NasionalTiada1975 
Penyelidikan kebudayaan dalam rangka perkembangan kebudayaan di MalaysiaKementerian Kebudayaan Belia & SukanTiada1978 
12

Kembali ke atas