Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.ka] | راڠک

Definisi : 1 tulang-tulang yg menentukan bentuk tubuh manusia atau binatang; kerangka. 2 tulang-tulang atau kerangka pd rumah (yg menunjukkan bentuknya). 3 garis-garis kasar bagi sesuatu perkara; rancangan: Sebelum mengarang, sediakanlah ~nya dahulu. berangka mempunyai rangka; ada bentuknya (bangunnya). merangkakan membuat atau mengatur rangka utk sesuatu: Mereka berusaha ~ satu projek yg menguntungkan semua pihak. merangka-rangkakan mengatur-atur; mereka-reka: Ia ~ bahan yg akan diucapkan esok. perangka orang atau pihak yg merangkakan sesuatu: Para ~ program itu sedang bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
motifememotifemKesusasteraanTiadaBahagian atau rangka-rangka kecil yang terdapat dalam sebuah cerita yang kesemuanya mempunyai fungsi yang berkaitan. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, permaisuri Raden Mas Ayu mengidam minum air kelapa gading yang batangnya genting di tengah dan Hang Tuah berjaya mendapatkannya. Di sini terdapat dua motifem: 1. Peristiwa mengidam 2. Kejayaan Hang Tuah mendapatkan kelapa tersebut.
junctorunit pengawasanKejuruteraanTiadaLitar pada sistem bar silang, yang memanjang di antara rangka-rangka unit pensuisan dan tamat di peranti pensuisan pada setiap rangka.
motifemic patternpola motifemikKesusasteraanTiadaBahagian atau rangka-rangka kecil yang terdapat dalam sebuah cerita yang kesemuanya mempunyai fungsi yang berkaitan.
skeletal structurebinaan rangka; bentuk rangka; bahan rangkaPerhutananTiadaTiada
rest framerangka rehatFizikMekanikRangka Lorentz atau rangka rujukan inersia yang jumlah keseluruhan momentum sistem adalah sifar. Bagi sistem yang dipecutkan, rangka rehat berubah dari waktu ke waktu.
musculoskeletal systemsistem otot rangkaPerubatanTiadaSistem tubuh yang terdiri daripada otot rangka dan rangka yang terlibat dengan pergerakan bahagian tertentu tubuh.
skeletal structurebinaan rangka; bentuk rangkaSosiologiTiadaTiada
skeletal structurebinaan rangka; bentuk rangkaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
skeletal structurebinaan rangka; bentuk rangkaKesenianTiadaTiada
addition of velocitiespenjumlahan halajuFizikMekanikPenjumlahan vektor-vektor halaju dalam suatu sistem gerakan relatif di antara rangka rujukan yang bergerak dan rangka rujukan yang diam. secara matematik ditulis sebagai; (= halaju zarah relatif pada rangka rujukan diam, = halaju zarah relatif pada rangka rujukan bergerak, = halaju rangka rujukan yang bergerak relatif pada rangka rujukan diam).
12345678910...

Kembali ke atas