Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kai] | رڠکاي

Definisi : beberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata dasar; se~ pantun serangkap pantun; ~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata; berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan; berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut: huruf Rumi ditulis­kan ~; banjaran gunung yg ~; merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; menyerangkaikan menjadikan serangkai; rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain; perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan sesuatu (spt sistem dsb); perangkai yg merangkaikan (meng­hubung­kan); kata ~ (Lin) kata depan, mis dari, di dan ke. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kai] | رڠکاي

Definisi : susunan atau kaitan beberapa benda yg telah dihubungkan atau dikaitkan. ~ hati kekasih. ~ kata kelompok beberapa kata. berangkai 1 dlm keadaan bersambung atau berhubungan: Syarikat besar mempunyai perniagaan ~ yg menjual pelbagai jenis barangan. 2 mempunyai kaitan atau hubungan dgn yg lain: Kejadian itu ~ dgn kegiatan penyeludupan yg berlaku. berangkai-rangkai, berangkaian bersambung-sambung; berkait-kait: Huruf Jawi ditulis ~. merangkaikan menghubungkan supaya berangkai-rangkai; mengaitkan: Awalan spt ber-, me-, ter- dirangkaikan dgn kata yg mengikutinya. rangkaian 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. berangkaian mempunyai rangkaian: Perniagaan itu ~ dgn perniagaan rakan niaga lain. perangkaian proses atau perbuatan merangkaikan sesuatu, spt sistem. perangkai sesuatu yg merangkaikan atau yg menghubungkan. serangkai sama atau satu rangkai. menyerangkaikan menjadikan serangkai: Dia ~ buah manggis itu sepuluh-sepuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,

Puisi
 

Langit biru bulan mengambang,
     Bintang pelantik rangkai-berangkai;
Tidak jemu mata memandang,
     Ilmu apa adik pakai.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
interpolatevt 1. add, insert (words) in text, menyisipkan: these phrases had been ~d by some eighteenth century scholar, rangkai-rangkai kata ini disisipkan oleh sarjana kurun kelapan belas; 2. interrupt (conversation etc) mencelah: “if we have the money!” she ~d, “kalaulah kita mempunyai wang!” dia mencelah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
phraseologyn ( fml ) penyusunan rangkai kata: scientific ~, penyusunan rangkai kata sains; his ~ is often clumsy,penyusunan rangkai katanya selalu kaku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
archaismn kekunoan, /kata, rangkai kata/ kuno: “thou” is an ~, “thou” adalah kata kuno; “ malice aforethought” is an ~, “malice aforethought” adalah rangkai kata kuno.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cuff-linkn kafling, rangkai manset.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spate n series, sudden rush, rangkai(an), mencurah-curah; (words, curse, etc) melemparkan: after the review there was a ~ of orders for the new book, selepas ulasan buku itu diadakan, terdapat pesanan yg datang mencurah-curah utk buku itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stringb. (of events, utterances, etc), (be)rangkai(an): he let out a ~ of oaths when he hit his thumb with the hammer, apabila ibu jarinya terketuk dgn pemukul itu, berangkai sumpah seranah yg tersembur dr mulutnya; Saturday’s game brought the team’s long ~ of wins to an end, rangkaian kemenangan yg begitu lama bagi pasukan itu berakhir pd perlawanan hari Sabtu lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
phrasen 1. group of words forming part of a sentence, frasa; 2. short expression, ungkapan: hackneyed ~, ungkapan yg sering diulang-ulang; 3. (mus) rangkai lagu: this ~ appears again and again throughout the song, rangkai lagu itu dilagukan berulang kali dlm nyanyian tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
italicadj n (printing) huruf condong, italik: the phrases are in ~ type, rangkai kata dlm taip huruf condong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scriptn 1. text of a play, film, etc, skrip; 2. handwriting, tulisan /rangkai, sambung /: nobody can read her fine ~, tdk ada sesiapa yg dapat membaca tulisan sambungnya yg halus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spray 2 n 1. a. (of plants) tangkai: a ~ of orchids, setangkai bunga orkid; b. (of jewellery) rangkai: a ~ of diamonds in her hair, serangkai berlian di rambutnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas