Ada pantun berbunyi: Bukan ringgit dipandang orang, budi bahasa rangkaian hati. Apakah maksud 'rangkaian hati'? | “Rangkaian hati” dalam pantun tersebut boleh membawa pengertian budi bahasa yang dipilih berbanding harta benda atau dibandingkan harta benda, budi bahasa itu jauh lebih bernilai. | Makna | 06.05.2020 |
Apakah maksud berikut: "Set and choose suitable network from the WiFi and network settings"? (konteks komputer/IT) Bolehkah jika ia diterjemahkan sebagai "Tetapkan dan pilih rangkaian/jaringan bersesuaian daripada tetapan WiFi dan rangkaian/jaringan"? Terima kasih. | Set dan pilih rangkaian yang bersesuaian daripada wi-fi dan pengesetan rangkaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.05.2014 |
Apakah maksud rangkaian perkataan ini "sistem dalaman".Cpntph ayat:Sistem dalaman yang digunakan oleh organisasi untuk memastikan bahawa organisasi berjalan landasan yang betul. | Sistem dalaman digunakan oleh organisasi bagi memastikan organisasi berada pada landasan yang betul. | Lain-lain | 01.07.2022 |
Apakah maksud rangkaian perkataan "sumber peribadi" dalam ayat ini"memiliki kuasa dari sumber peribadi." | Mohon puan memberikan ayat contoh yang lebih lengkap agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat mengikut kesesuaian konteks. | Makna | 15.06.2022 |
Antara maksud rangkaian perkataan "organisasi umum " sama dengan organisasi atau tidak? | Perkataan organisasi umum dan organisasi mempunyai maksud yang sama, iaitu kesatuan (susunan) berbagai-bagai bahagian (orang dan sebagainya) yang bersistem dalam sesuatu pertubuhan atau perbadanan, dan mempunyai tujuan tertentu. Mengorganisasikan, menyusun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dan sebagainya) sehingga menjadi sebuah organisasi. | Makna | 19.06.2022 |
Apakah maksud rangkaian perkataan " taburan data "? | Taburan data bermaksud data dalam kuantiti yang berbeza mengikut kesesuaian bidang/skop tertentu. | Lain-lain | 13.06.2022 |
Apakah maksud rangkaian kata hasil jualan? | Hasil jualan ialah pendapatan yang diterima atau akan diterima oleh individu atau sesebuah syarikat daripada penjualan barang atau penyediaan perkhidmatan. | Makna | 17.11.2021 |
Apakah maksud rangkaian kata"menebarkan sayap negatif" dalam ayat ini?Bolehkan memberi penjelassan yang mendalam?Terima kasih puan-puan dan tuan-tuan. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi [menebarkan sayap negatif ]kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’. | Dalam ayat ini, menebarkan sayap negatif membawa maksud menyebarkan pengaruh yang tidak elok. | Makna | 04.08.2021 |
Apakah maksud rangkaian kata“jurang pemisah”? Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati (jurang pemisah) antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam,hati lain-lain. | Jurang pemisah bermaksud hal atau keadaan yang memisahkan antara satu golongan dengan golongan yang lain kerana berbeza pendapat, agama, fahaman politik dan lain-lain. | Makna | 02.08.2021 |
Manakah satu rangkaian yang betul? Menambah tekanan atau meningkatkan tekanan? | Kedua-duanya frasa tersebut boleh digunakan dalam ayat. Contoh ayat seperti yang berikut: 1. Stesen pam yang digunakan untuk menambah tekanan aliran cecair seperti air, minyak dan gas. 2. Sesuatu bahan yang dapat meningkatkan tekanan darah. | Tatabahasa | 09.07.2021 |