Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rangkaian neural(neural network)Sistem komputer yang terdiri daripada pemproses yang disambungkan dalam rangkaian untuk menyerupai rangkaian otak manusia.Kamus Komputer
rangkaian nilai tambahan(value-added network)Rangkaian komputer yang disewa oleh suatu pihak daripada penyedia rangkaian yang kemudiannya disewakan kepada pihak ketiga setelah rangkaian tersebut ditambah dengan beberapa ciri, kemampuan, dan perkhidmatan. Singkatan VAN.Kamus Komputer
get laluanist perisian atau peranti yg membolehkan pengguna dlm satu rangkaian mencapai rangkaian lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rangkaian bintang(star network)Rangkaian komputer dengan komputer hosnya berada di tengah-tengah sistem dan setiap komputer dalam rangkaian ini perlu melalui komputer hos untuk berhubung dengan komputer lain dalam rangkaian ini.Kamus Komputer
kesedaran rangkaian(network awareness)Pengetahuan tentang status rangkaian yang perlu diketahui oleh terminal cerdas atau pangkalan utama dalam rangkaian perhubungan komputer.Kamus Komputer
rangkaian kawasan luas(wide area network)Rangkaian komputer untuk menyambungkan komputer dan peranti persisian yang terletak jauh di antara satu sama lain. Rangkaian kawasan luas memerlukan penggunaan modem. Singkatan WAN.Kamus Komputer
faksimile(facsimile)Sistem penghantaran salinan imej dokumen melalui rangkaian telefon atau rangkaian komputer.Kamus Komputer
get/gét/ ist peranti komputer yg mempunyai satu saluran output dan satu saluran input atau lebih. ~ laluan ist perisian atau peranti yg membolehkan pengguna dlm satu rangkaian mencapai rangkaian lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lapisan rangkaian(network layer)Lapisan ketiga model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan fungsi dan tatacara pertukaran unit data rangkaian antara dua bahagian pengangkut data melalui penyambungan rangkaian. Lapisan ini membebaskan bahagian pengangkutan daripada masalah pensuisan.Kamus Komputer
bintang pasif(passive star)Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bintang, dengan nod utama bertugas hanya sebagai penyambung rangkaian nod dan tidak bertugas untuk memproses mesej dalam rangkaian .Oleh sebab nod pusat itu pasif, kemungkinan nod pusat gagal adalah kecil dan rangkaian boleh terus berfungsi dalam keadaan biasa.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas