Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kaian] | رڠکاين

Definisi : 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ladder networkrangkaian tanggaKejuruteraanTiada1. Rangkaian yang terdiri daripada rangkaian-rangkaian H, L, T atau pi, yang tersambung secara siri.,2. Suatu siri perintang filem yang mempunyai nilai daripada perintang tertinggi ke perintang terendah disusutkan mengikut nisbah yang diketahui.
local networkrangkaian tempatanKejuruteraanTiada1. Rangkaian-rangkaian dalam loji yang tidak bersandar kepada litar-litar terpajak atau tersuis awam untuk membekalkan laluan-laluan penghantaran komunikasi data.,2. Bahagian rangkaian telefon yang dibentuk oleh telefon pelanggan, talian-talian ke ibu-ibu sawat tempatan dan ibu-ibu sawat tempatan itu sendiri. Ia berbeza dengan rangkaian sesalur yang merangkumi sekali ibu-ibu sawat sesalur dan talian-talian sesalur.
neutral equilibriumkeseimbangan neutralGeografiTiadaSistem fizikal sebenar rangkaian-rangkaian di antara titik-titik di sepanjang mana pergerakan boleh berlaku.
VPN (virtual private network)VPN (rangkaian persendirian maya)Teknologi MaklumatTiadaRangkaian komunikasi yang menggunakan rangkaian persendirian selain rangkaian telefon suis awam(PSTN) sebagai tulang belakang rangkaian kawasan luas(WAN).
information superhighwaylebuh raya maklumatTeknologi MaklumatTiadaRangkaian maklumat dan komunikasi yang berlebar jalur tinggi di peringkat sesuatu negara atau kawasan termasuk internet dan jenis-jenis rangkaian lain seperti rangkaian telefon, rangkaian kabel TV dan rangkaian satelit komunikasi. Lebuh raya ini digunakan untuk menghantar dan menerima data, suara, multimedia, video dan lain-lain maklumat.
InternetInternetTeknologi MaklumatTiadaRangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969, Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Ia meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat(WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet(IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia(pada 2003). Sinonim antara rangkaian, Net Lihat juga ARPANET
global information highwaylebuh raya maklumat sejagatTeknologi MaklumatTiadaRangkaian maklumat dan komunikasi yang berlebar jalur tinggi dan disambung ke seluruh dunia (tidak terhad kepada sesuatu negara) termasuk internet dan jenis-jenis rangkaian lain seperti rangkaian telefon, rangkaian kabel TV dan rangkaian satelit komunikasi. Lebuh raya ini diguna untuk menghantar dan menerima data, suara, multimedia, video dan lain-lain maklumat seperti penyiaran.
global information highwaylebuh raya maklumat sejagatTeknologi MaklumatTiadaRangkaian maklumat dan komunikasi yang berlebar jalur tinggi dan disambung ke seluruh dunia (tidak terhad kepada sesuatu negara) termasuk internet dan jenis-jenis rangkaian lain seperti rangkaian telefon, rangkaian kabel TV dan rangkaian satelit komunikasi. Lebuh raya ini diguna untuk menghantar dan menerima data, suara, multimedia, video dan lain-lain maklumat seperti penyiaran.
Simple Network Management Protocol (SNMP)Protokol Pengurusan Rangkaian Mudah (SNMP)Teknologi MaklumatTiadaSuatu set prosedur untuk mengurus rangkaian dan memantau peranti rangkaian dan fungsi peranti tersebut. SNMP akan memaklumkan pentadbir rangkaian sekiranya peranti rangkaian memerlukan perhatian, seperti ketika pencetak kekurangan toner atau pencetak tersangkut kertas.
IDN (integrated digital network)IDN (rangkaian digital bersepadu)Teknologi MaklumatTiadaRangkaian telekomunikasi awam digital yang menjadi tunggak kepada rangkaian telefon. Rangkaian ini menyediakan pelbagai perkhidmatan.
12345678910...

Kembali ke atas