Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Efisien. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah.Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas.Lain-lain09.02.2022
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Mengagumkan. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah.
Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas.
Lain-lain09.02.2022
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih.Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan.Lain-lain26.05.2019
Manakah satu rangkaian yang betul? Menambah tekanan atau meningkatkan tekanan?Kedua-duanya frasa tersebut boleh digunakan dalam ayat. Contoh ayat seperti yang berikut:
1. Stesen pam yang digunakan untuk menambah tekanan aliran cecair seperti air, minyak  dan gas.
2. Sesuatu bahan yang dapat meningkatkan tekanan darah.
Tatabahasa09.07.2021
Rangkaian kata ''melakukan siasatan'' betul atau ''menjalankan siasatan'' yang betul?
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca.

Kata melakukan pula membawa maksud menjalankan (tugas), membuat (kerja dan lain-lain), mengerjakan. Contoh ayat: Kitalah yang berdosa kerana menuduh ia melakukan perkara yang bukan-bukan. 

Berdasarkan keterangan di atas, rangkaian kata "melakukan siasatan" dan "menjalankan siasatan" mempunyai maksud yang sama dan betul penggunaannya dalam bahasa Melayu. 
Tatabahasa09.07.2021
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Tuan, Saya ingin mengetahui cara penulisan singkatan yang betul bagi : 1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian 2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyaman Udara Dan Penyejukbekuan) Terima kasih.Dalam bahasa Melayu, tiada singkatan untuk merujuk nama kursus atau program yang ditawarkan di universiti. 


Lain-lain18.12.2023
APAKAH MAKNA INOVASI?Berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, inovasi bermaksud 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi.Makna06.08.2010
Selamat Pagi, Tuan, Saya ingin bertanya tentang pemadanan Bahasa Melayu bagi rangkaian kata dan perkataan berikut: 1. Agro-based Industry 2. Courier Service 3. Intermediate Consumption 4. Operating Surplus 5. Auxiliary Sekian, terima kasih.

Padanan kata Bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut:

 1. Industri berasaskan pertanian

 2. Perkhidmatan kiriman cepat

 3. Penggunaan tengah

 4. Lebihan pengendalian

 5. Tambahan

Makna30.12.2009
Saya telah menggunakan carian kata DBP online ini utk istilah Supply Chain Management. Terdapat 2 perkataan yang digunakan untuk chain iaitu rantaian dan rangkaian. Boleh saya dapatkan kepastian yang mana satu betul. Saya ingin menggunakannya untuk program baharu yang akan kami bangunkan untuk UUM. Terima Kasih.

Untuk mendapatkan terjemahan yang tepat, diharap tuan dapat memberikan konteks penggunaan. DBP mencadangkan istilah Pengurusan Rantaian Bekalan untuk padanan Supply Chain Management. Rantaian dipilih untuk chain bagi membezakan dengan rangkaian yang digunakan dalam teknologi maklumat. 1">

Istilah29.01.2015
1234

Kembali ke atas