Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ungkapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud rangkaian kata hasil jualan?Hasil jualan ialah pendapatan yang diterima atau akan diterima oleh individu atau sesebuah syarikat daripada penjualan barang atau penyediaan perkhidmatan.Makna17.11.2021
Apakah maksud rangkaian kata“jurang pemisah”? Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati (jurang pemisah) antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam,hati lain-lain.Jurang pemisah bermaksud hal atau keadaan yang memisahkan antara satu golongan dengan golongan yang lain kerana  berbeza pendapat, agama, fahaman politik  dan lain-lain. Makna02.08.2021
Salam,Tuan/Puan,saya mahu bertanya tentang rangkaian kata selaras daripada betul tak?atau selaras dengan yang betul?Saya berharap agar tuan atau puan memberi penjelasanFrasa yang betul ialah selaras dengan.Tatabahasa15.07.2021
Rangkaian kata ''melakukan siasatan'' betul atau ''menjalankan siasatan'' yang betul?
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca.

Kata melakukan pula membawa maksud menjalankan (tugas), membuat (kerja dan lain-lain), mengerjakan. Contoh ayat: Kitalah yang berdosa kerana menuduh ia melakukan perkara yang bukan-bukan. 

Berdasarkan keterangan di atas, rangkaian kata "melakukan siasatan" dan "menjalankan siasatan" mempunyai maksud yang sama dan betul penggunaannya dalam bahasa Melayu. 
Tatabahasa09.07.2021
Puan,bolehkah saya tanya “mempengaruhi konsep kendiri”betul atau “mempengaruhi konsep sendiri”?Bolehkah memberi penjelaskan dan sebab-sebab memilih rangkaian kata itu?

Ayat mempengaruhi konsep kendiri adalah betul bergantung pada konteks dan penggunaanya dalam ayat.

Berdasarkan Kamus Dewan Keempat, kendiri bermaksud sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. Dalam data rujukan kami juga, terdapat istilah konsep kendiri dalam bidang psikologi dan komunikasi. Konsep kendiri dalam bidang psikologi ialah pengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk pautan berikut https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=konsep+kendiri

Tatabahasa15.07.2021
Apakah maksud rangkaian kata"menebarkan sayap negatif" dalam ayat ini?Bolehkan memberi penjelassan yang mendalam?Terima kasih puan-puan dan tuan-tuan. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi [menebarkan sayap negatif ]kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’.Dalam ayat ini, menebarkan sayap negatif membawa maksud menyebarkan pengaruh yang tidak elok.Makna04.08.2021
Says terjumpa rangkaian kata 'bidang tujahan pertahanan dan keselamatan' dalam majalah Dewan Masyarakat edisi Julai 2015 di muka Surat 11. Setelah merujuk kamus dewan saya dapati ada ketidaksesuaian penggunaan perkataan ' tujahan'. Apakah sebenarnya maksud perkataan ini? Terima kasih.Bidang tujahan ialah bidang kepakaran utama atau bidang pengkhususan. Kata bahasa Inggeris yang sama erti ialah "niche" atau dalam konteks semasa selalu dituliskan sebagai "niche area".Penyemakan dan penterjemahan14.07.2015
Selamat Pagi, Tuan, Saya ingin bertanya tentang pemadanan Bahasa Melayu bagi rangkaian kata dan perkataan berikut: 1. Agro-based Industry 2. Courier Service 3. Intermediate Consumption 4. Operating Surplus 5. Auxiliary Sekian, terima kasih.

Padanan kata Bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut:

 1. Industri berasaskan pertanian

 2. Perkhidmatan kiriman cepat

 3. Penggunaan tengah

 4. Lebihan pengendalian

 5. Tambahan

Makna30.12.2009
Apakah maksud "mendukung panjil" dalam ayat yang di bawah?Hal ini dikatakan demikian kerana rangkaian kata yang tidak boleh satu perkataan kepada satu perkataan cari dan saya takut akan memahami kosa kata itu susah salah.Terima kasih. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa [mendukung panji ] ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’ kini dikaitkan dengan isu kenakalan.

Perkataan mendukung dalam konteks ayat tersebut merupakan bahasa kiasan yang membawa maksud memikul, menyokong atau berusaha untuk menjayakan sesuatu. Manakala panji pula bermaksud bendera. Sehubungan dengan itu, kami berpendapat bahawa mendukung panji boleh ditafsirkan sebagai memikul atau menyokong cita-cita, impian atau matlamat. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan dan tidak difahami.

Tatabahasa03.08.2021
tema /téma/ bertemakan menggunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ Amanah Asas Kejayaan . slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. Mohon pencerahan kerana saya keliru perbezaan antara tema dan slogan kata. Mengikut kefahaman saya "Amanah Asas Kejayaan" adalah slogan kata bukannya tema. Ini kerana saya merujuk kepada maksud tema adalah dasar cerita yg dipercakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll.Ungkapan ringkas seperi Amanah Asas Kejayaan merupakan slogan kerana slogan ialah kata-kata keramat yang dijadikan pegangan sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun tidak salah juga untuk kita menyebutnya sebagai tema kerana tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu perbincangan. Contohnya, ungkapan 1 bangsa, 1 bahasa, 1 Negara diangkat sebagai tema hari kebangsaan kerana subjek tersebut yang menjadi dasar dalam perbincangan tentang hari kebangsaan. Dalam konteks yang lain seperti tema sesebuah filem atau cerita tidaklah boleh disamakan dengan slogan.Tatabahasa28.02.2014
12345

Kembali ke atas