Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : ; merangkap 1. menelungkup dgn tapak tangan yg dilengkungkan; 2. menang­kap dgn kedua-dua belah tapak tangan; perangkap perkakas utk menangkap bina­tang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : 1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh, kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun pin­tunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg merupakan satu kesatuan: bebe­rapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt y = 3x4 – 4x3 + 12x2 + 6); serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama ada drpd karangan natar atau ~; berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~; merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll), mengembarkan dua tiga helai men­jadi satu: dua helai kain dirangkap utk pe­nutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; pengarah baru Proton ~ pengu­­-rus besar bahagian korporat; bilik tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang me­nger­­ja­kan dua atau tiga pekerjaan: waktu ke­tiada­an Tun, Kementerian Pertahanan di­­-rang­­­­­­kapkan kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri; rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg di­­jadikan satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : 1 lipat dua (tiga, empat dst); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy) yg melambangkan satu bunyi. 2 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap. berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan ~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkap
Kata Terbitan : merangkap,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RANGKAP BEBAS

Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak

mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi.

Dalam penulisan rangkap bebas, penyair

mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola

irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan

panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan

bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan

menggunakan tempat berhenti yang ganjil di

penghujung setiap rangkap. Mereka juga

menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan

skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap

bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap

menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi

dan ulangan.

UMUM 
PALINDROM

Palindrom ialah perkataan, ayat atau rangkap yang

dieja sama dari kanan ke kiri sebagaimana dari kiri ke

kanan.

UMUM 
SYAIR PERANG INGGERIS DI BETAWI

SYAIR PERANG INGGERIS DI BETAWI, puisi Melayu tradisional. Syair ini merupakan hasil kesusasteraan Melayu lama berbentuk puisi, yang bercorak sejarah. Ia juga dikenali dengan nama Syair Inggeris Menyerang Kota dan Syair Perang Betawi.  Syair ini terdiri daripada 435 buah rangkap termasuk dua rangkap mukadimah dan satu rangkap kolofon. Syair ini menggunakan bahasa Melayu-Jawa, bahasa Arab, parsi, Tamil dan Sanskrit. Syair Perang Inggeris di Betawi selesai dikarang pada 12 Muharam 1231 H (sekitar tahun 1815).

SASTERAKonsep
PINDAR

Pindar (522?–443 S.M.) ialah penyair lirik agung

Yunani. Dia disanjung kerana mencipta oda

Pindar. Jenis oda ini terbina daripada tiga rangkap

iaitu strop, antistrop, dan epod – yang diulang

bersiri. Pindar menggubah puisi yang sangat

indah dan halus ini untuk meluahkan sanjungan

dan pujian terhadap acara tertentu seperti

meraikan kejayaan atlit dalam pertandingan sukan

kebangsaan yang hebat.

UMUM 
BAIT

BAIT, rangkap dalam puisi. Kata bait itu sendiri adalah dari bahasa Arab ‘bayt’ yang bermakna rumah atau khemah. Satu rangkap puisi Arab dikatakan sebuah bait iaitu terdiri daripada dua ‘misra’, dua kerat atau dua larik, atau satu kuplet daripada keseluruhan sebuah puisi. Bait-bait puisi itu pula hendaklah sesuai dengan kaedah, susunan atau aspek-aspek estetika puisi tersebut. Dalam puisi Melayu tradisional, bait ialah suatu rangkap puisi Arab atau Parsi yang diturunkan dalam bahasa asalnya serta diberikan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Misalnya: Dalam Sejarah Melayu edisi Shellabear (1975), pada kisah Tun Teja dengan perempuan tua pelulut, diberikan suatu bait puisi Arab:

La ta’mananna ‘ajuzatan tadkhulu fi’l-khba’i\Hal ta’mananu asadan ma’a’l-aghnami.

SASTERAKonsep
SYAIRSYAIR, sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat larik serangkap, empat perkataan selarik dan mempunyai rima akhir /a/ /a/ /a/ /a/ dengan sedikit variasi dan kekecualian. Keseluruhan rangkap merupakan idea yang berurutan dan biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk menyatakan suatu keseluruhan idea.SASTERAKonsep
SAADI

Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang

masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan

puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah

Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa

dengan memasukkan banyak rangkap tentang

moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang

jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak

ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti

moral yang tinggi dalam penulisannya

berkemungkinan telah menjadikannya paling

popular di kalangan pengarang Parsi.

UMUM 
RUBAI

RUBAI, genre puisi Parsi yang dipopularkan melalui bahasa Arab.  Rubai merupakan satu-satunya sumbangan asli Parsi dalam tradisi puisi Islam.  Rubai berbentuk catur larik (quatrain), iaitu empat larik serangkap, dengan skema rima a-a-b-a dan sedikit sekali a-a-a-a; setiap rangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea.  Umar Khayyam, seorang penyair terkenal, telah mencipta sekitar 750 rangkap rubai yang kemudian dikumpul dan dikenal sebagai Ruba’iyat Umar Khaiyam.  Ia kemudiannya berkembang dan mempengaruhi pelbagai tradisi puisi, termasuk puisi Melayu.

SASTERAKonsep
NAZAM

NAZAM, sejenis gubahan puisi. Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau serima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya dengan jumlah perkataan lebih dari 10). Seuntai nazam mungkin selesai dengan satu rangkap, tetapi biasanya memerlukan beberapa rangkap atau lirik untuk kenyataan suatu keseluruhan.

SASTERAAdat
KURIK KUNDI MERAH SAGA

KURIK KUNDI MERAH SAGA,  kumpulan pantun lisan Melayu. Kumpulan ini mengandungi 5653 rangkap pantun. Semua pantun dalam kumpulan ini mula dirakam pada akhir tahun 1985 di seluruh Malaysia, kecuali  Pulau Pinang. Kumpulan pantun ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990.

SASTERAPenerbitan
12

Kembali ke atas