Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : ; merangkap 1. menelungkup dgn tapak tangan yg dilengkungkan; 2. menang­kap dgn kedua-dua belah tapak tangan; perangkap perkakas utk menangkap bina­tang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : 1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh, kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun pin­tunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg merupakan satu kesatuan: bebe­rapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt y = 3x4 – 4x3 + 12x2 + 6); serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama ada drpd karangan natar atau ~; berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~; merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll), mengembarkan dua tiga helai men­jadi satu: dua helai kain dirangkap utk pe­nutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; pengarah baru Proton ~ pengu­­-rus besar bahagian korporat; bilik tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang me­nger­­ja­kan dua atau tiga pekerjaan: waktu ke­tiada­an Tun, Kementerian Pertahanan di­­-rang­­­­­­kapkan kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri; rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg di­­jadikan satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.kap] | رڠکڤ

Definisi : 1 lipat dua (tiga, empat dst); dua tiga helai melekat menjadi satu: huruf ~ dua huruf (spt kh, ng, sy) yg melambangkan satu bunyi. 2 beberapa baris ayat yg merupakan sebuah pantun (sajak) yg lengkap. berangkap 1 berkembar; berpasangan. 2 bersajak: karangan ~ karangan dlm bentuk puisi. merangkap memegang dua tiga jawatan sekali; menjalankan dua tiga tugas sekali: guru besar ~ guru sains. merangkapkan melekapkan supaya menjadi rangkap; mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: Dua keping plastik dirangkapkan utk dibuat penutup kereta. serangkap 1 sepasang: ~ lembing. 2 satu rangkap (pantun, sajak dll): ~ pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkap
Kata Terbitan : merangkap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
panlun berkaitpanlun berkaitKesusasteraanPuisiPantun yang berangkai atau sambung-menyambung antara rangkap di atas dengan rangkap-rangkap di bawahnya, jumlahnya tiada dihadkan. Penyambungan ini dilakukan dengan mengambil baris kedua dan keempat rangkap sebelurnnya, kemudian diletakkan sebagai baris pertarna dan ketiga pada rangkap yang baharu itu. Umpamanya kalau rangkap yang hendak dibentuk itu rangkap ketiga, baris kedua dan juga keempat yang diarnbil itu ialah pada rangkap kedua. Contohnya, Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya
septetseptetKesusasteraanPuisiNama bentuk puisi, iaitu rangkap-rangkap puisi yang semuanya terdiri daripada tujuh baris. Contohnya, puisi "Dada Merah Jingga" karya Baha Zain. Cempaka tak bernama gugur di bumi ini waktu hari ayun-temayun dalam musim dukarasa kerana telah lama menunggu setia dari gunung yang turun dengan sumpahnya. (R:1, 7 baris) (R:2, 7 baris) (R:3, 7 baris)
ballad operaopera baladaKesusasteraanTiadaBentuk bangsawan dengan rangkap-rangkap yang dinyanyikan atau dibaca secara berpuisi.
sestetsadlarikKesusasteraanPuisiNama bentuk puisi, iaitu bait atau rangkap-rangkap puisi yang semuanya terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi "Harmoni di Matamu" dalam kumpulan Era karya Kemala. Sinonim sestet.
idiolectidiolekKesusasteraanPuisiKata ucapan atau tuturan yang diungkapkan dalam baris atau rangkap-rangkap sesebuah puisi. Lazimnya mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini dapat dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan.
crown of sonnetsoneta saptakaitKesusasteraanPuisiTujuh soneta yang saling berkait. Setiap soneta terdiri daripada 14 baris yang dipecahkan kepada empat rangkap. Rangkap pertama dan kedua mempunyai empat baris dengan skema rimanya a b b a, a b b a dan rangkap ketiga dan keempat mempunyai tiga baris dengan skema rimanya a a a dan b b b.
trisyllabic rhymerima trisukuKesusasteraanTiadaRima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka atau rangkap-rangkap lucu.
triple rhymerima trisukuKesusasteraanTiadaRima berganda atau rima yang mempunyai beberapa suku kata didapati dalam puisi-puisi jenaka dan rangkap-rangkap lucu.
common measurerangkap biasaKesusasteraanTiadaRangkap biasa: Rangkap puisi yang mempunyai empat baris; baris pertama dan ketiga, lapan suku kata dan baris kedua, baris keempat enam suku kata.
limericklimerikKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris dalam setiap rangkap. Biasanya bentuk limerik terdiri daripada satu rangkap sahaja untuk mengungkapkan sesuatu pemikiran seperti pantun empat kerat. Walaupun terdapat rangkap yang mendahului atau yang berikutnya tetapi tiada kaitan antara satu rangkap dengan rangkap yang lain sererti pantun berkait.
12345678910...

Kembali ke atas