Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.sang] | رڠسڠ

Definisi : I 1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau); 2. amat kuat menimbulkan perasaan (marah, gembira, dll): saya sendiri harus mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca pemandangan-pemandangannya ...; 3. minuman dll yg menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dll); 4. (Bio) = perangsang: saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke otak; berangsang marah; merangsang 1. menyebabkan berasa rang­sang: di dapur bau daging ~ hidungnya; 2. membangkitkan sesuatu perasaan (spt ke­ghairahan, keberanian, kemarahan, dll), me­nimbulkan sesuatu perkembangan dll: kami diberi minuman utk ~ diri; larangan drpd mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat utk bangkit memberontak; cerpen-cerpen beragam macam dgn hiasan ilustrasi yg cukup ~ selera; promosi yg ~ minat pengguna; 3. = ~ hati panas hati, marah: Sutan Ameh ~; ~ hatinya melihat tingkah lakunya itu; terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan spt itu; rangsangan sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; perangsangan perihal merangsang; perangsang 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gem­par; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sang] | رڠسڠ

Definisi : Jw; merangsang 1. menyerang, menyerbu: Peringgi banyak mati ~ ke laut, dibunuh orang Melayu; ~ musuh; 2. mem­bantah perkataan (pendapat dll), me­nyang­gah: kalau disuruh ia ~; perangsang pasukan yg menyerang, peng­gempur, penyerbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sang] | رڠسڠ

Definisi : Mn 1. ranting kering (mati) yg telah gugur; 2. ranting-ranting kayu berduri yg dipasang pd batang kayu (supaya tidak dapat dipanjat orang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sang] | رڠسڠ

Definisi : 1 rasa yg kuat pd pancaindera; perasaan dsb yg ditimbulkan oleh sesuatu: Kadang-kadang terbit ~ pd saya utk membaca tulisan-tulisannya. 2 sangat keras membangkitkan saraf pencium (ttg bau); sangat kuat membangkitkan perasaan. merangsang 1 menimbulkan rangsang atau menimbulkan perasaan yg kuat: Bau sambal tumis ~ hidung. 2 membangkitkan kegembiraan (keberanian dll). ~ hati memanaskan hati; menimbulkan rasa marah. terangsang telah dirangsang. rangsangan rasa yg timbul apabila dirangsang; hasil merangsang. perangsang sesuatu yg dpt membangkitkan semangat, kemahuan dsb; dorongan; galakan: memberi ~ memberi galakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangsang
Kata Terbitan : berangsang, merangsang, rangsangan, perangsang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN AGUNG

SULTAN AGUNG (  ?   - 1645), Sultan Mataram yang ketiga (1613 – 1645) dan raja teragung dalam sejarah Pulau Jawa, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Mas Rangsang.  Dia juga dikenal sebagai Sultan Agung Anyokrokusumo.  Sultan Agung adalah cucu Panembahan Senopati Ingalaga, raja Mataram yang pertama.  Bapanya ialah Panembahan Krapyak (1601 – 1613).  Dia menaiki takhta kerajaan Mataram pada tahun 1613.  Pada mulanya, Sultan Agung bersemayam di Kuta Gede dan kemudiannya di Plered.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas