Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.sa.ngan] | رڠسڠن

Definisi : sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sa.ngan] | رڠسڠن

Definisi : rasa yg timbul apabila dirangsang; hasil merangsang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangsang
Kata Terbitan : berangsang, merangsang, rangsangan, perangsang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rangsangan: Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis. Antaranya termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Soalan: Dalam perkataan “antaranya’, -nya merujuk kepada pelbagai medium. Adakah penggunaan -nya ini gramatis?Penggunaan "nya" dalam contoh tersebut tidak gramatis kerana "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sepatutnya ayat tersebut ditulis "Antara medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka."Tatabahasa16.04.2012
Pertanyaan Ransangan atau rangsangan? Ejaan yang mana satu betul? Jawapan yang diberi dalam Khidmat Nasihat 2009 ialah rangsangan tetapi kebanyakan artikel dalam Google menulis ransangan malahan buku teks sains juga guna ransangan. Minta penjelasan untuk perkataan ini. Sekian, terima kasih
Ejaan yang betul ialah rangsangan. Kata ini terbit daripada kata rangsang. Penggunaan kata ransangan adalah salah dan tiada dalam kamus.
Ejaan19.03.2023
rangsangan atau ransanganEjaan yang betul ialah rangsangan.Ejaan20.04.2009
apa yang dimaksudkan Pakej Rangsangan Ekonomi, dalam kamus dewan, pohon bantuan

Pakej Rangsangan Ekonomi ialah tawaran atau cadangan yang dikeluarkan oleh sesuatu pihak bagi merangsang atau melonjakkan perkembangan ekonomi semasa.

Lain-lain21.04.2010
Untuk karangan berdasarkan bahan rangsangan SPM, bolehkah saya menulis lebih daripada 250 patah perkataan? contohnya, 350 dan sebagainya. Terima kasih.

Saudara Maurice,

Untuk tujuan tersebut, saudara hendaklah mengikut arahan atau panduan yang diberikan dalam penyediaan karangan tersebut atau saudara perlu berbincang dengan guru saudara  tentang jumlah perkataan yang dikehendaki. 

Lain-lain18.02.2010
Assalamualaikum tuan/puan. Apakah terjemahan untuk 'high' yang selalu digunakan untuk merujuk kepada pengaruh rangsangan setelah mengambil dadah.Terjemahan bahasa Melayu bagi high yang merujuk pengambil dadah ialah khayal.Penyemakan dan penterjemahan10.11.2021
makna istilah : 1. geotropisme 2. fototropisme 3. tikmotropisme 4. kimiatropisme

Sdr. myharidzqah , terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

bBerikut adalah jawapan yang dapat saya berikan bagi pertanyaan sdr.

.  - géotropisme) (Bio) gerak balas bahagian tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan graviti

fototropisme - pergerakan tumbuhan yg berlaku sbg gerak balas terhadap rangsangan cahaya.

  • tikmotropisme - perkataan ini tidaka ada yang ada ialah tigmotropik dalam bidang perubatan 
  •  kimiatropisme - perkataan ini tidak ada dalam kamus istilah DBP.
  •  

    Istilah24.02.2009
    Boleh saya dapatkan terjemahan kepada perkataan di bawah: 1. over-stimulate 2. under-stimulate Terima kasihPerkataan over-stimulate dan under-stimulate tidak ada dalam pangkalan data kami. Berdasarkan semakan kami stimulate boleh diterjemahkan kepada merangsang (kata kerja/perbuatan) atau rangsangan (kata nama/hasil), manakala over dan under boleh diterjemahkan kepada lampau dan kurang.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
    Assalamualaikum, mohon bantuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan ini mengikut istilah psikologi pendidikan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu..towards accomplishment, to experience stimulation, identified regulation, introjected regulation, integrated regulation, amotivation. Sekian, terima kasih.Terjemahn bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

    towards accomplishment - ke arah mencapai/untuk mencapai
    to experience stimulation - mengalami rangsangan
    identified regulation - peraturan yang dikenal pasti
    introjected regulation - peraturan yang diserapkan
    integrated regulation - peraturan yang disepadukan/peraturan bersepadu 
    amotivation - tidak bermotivasi/kurang motivasi  
     
    Penyemakan dan penterjemahan12.01.2016
    Selamat sejahtera, apakah maksud "refleks" menurut DBP? Mengapakah perkataan itu tiada entrinya dalam PRPM tetapi terdapat penggunaannya pada entri "sudut refleks"? Bolehkah perkataan "refleks" ini digunakan? Sekian, terima kasih.
    Kata refleks ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) dan penggunaannya adalah dalam bidang khusus terutamanya dalam bidang Perubatan (Pbt), dan olahannya adalah seperti yang berikut: 

    refleks ريفليک س [re⋅fleks] Pbt n pergerakan yg tidak terkawal yg dicetuskan oleh sst rangsangan dr dalam atau pd permukaan tubuh, mis batuk, lutut tersentak apb diketuk, atau tangan ditarik apb terkena benda panas.
    Lain-lain23.06.2021
    12

    Kembali ke atas