Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.sa.ngan] | رڠسڠن

Definisi : sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sa.ngan] | رڠسڠن

Definisi : rasa yg timbul apabila dirangsang; hasil merangsang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangsang
Kata Terbitan : berangsang, merangsang, rangsangan, perangsang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
receptorreseptorSains SukanBiomekanikSel pada organ deria yang berfungsi untuk mengesan rangsangan- rangsangan dalam persekitaran dan mencetuskan impuls saraf. Contohnya, reseptor pada mata, kulit atau telinga.
neutral stimulusrangsangan neutralPsikologiPsikologi UmumRangsangan yang tidak memberi sebarang kesan terhadap respons. Walau bagaimanapun, dalam teori pelaziman klasik, rangsangan neutral ini boleh membangkitkan tingkah laku tertentu setelah beberapa kali dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim yang selalunya diikuti dengan ganjaran. Rangsangan neutral yang dapat membangkitkan respons dikenali juga sebagai rangsangan terlazim. Contohnya, pada mulanya anjing tidak memberi respons kepada bunyi loceng tetapi lama-kelamaan akan mengeluarkan air liur kepada bunyi loceng setelah beberapa kali dipasangkan dengan daging.
defferential stimulusrangsangan bezaanPsikologiPsikologi UmumRangsangan dalam pelaziman bezaan yang biasanya dikaitkan dengan ganjaran. Contohnya, haiwan akan memberi tindak balas kepada sesuatu rangsangan yang mempunyai ganjaran. Rangsangan bezaan dikenali juga sebagai stimulus bezaan.
perseverationperseverasiPerubatanTiadaPengulangan atau penerusan sesuatu pertuturan atau gerak balas motor terhadap rangsangan yang tidak sepadan dengan gerak balas yang berkenaan, atau tanpa rangsangan asal (rangsangan penyebab).
ethological isolationpemencilan etologiBiologiEkologiSempadan atau halangan pengawanan di kalangan individu daripada spesies yang berlainan disebabkan oleh perbezaan lakuan pelamaran. Pemencilan etologi terbahagi kepada tiga kategori iaitu: (a) rangsangan penglihatan. Ini termasuklah warna, corak warna pada badan, bentuk badan dan pergerakan. Rangsangan ini bertindak bersama-sama dengan rangsangan pendengaran, rasa, atau rangsangan kimia; (b) rangsangan pendengaran. Ini termasuklah nyanyian, panggilan serta isyarat bunyi lain. Misalnya, bunyi yang spesifik memainkan peranan penting dalam lakuan pelamaran katak dan burung; (c) rangsangan kimia. Rangsangan ini dikesan sama ada dengan sentuhan atau bau. Banyak spesies yang menghasilkan bau untuk pengawanan, misalnya mamalia.
ChemotaxisKemotaksisPertanianAgronomi

Tindak balas sesuatu organisma atau organ terhadap sesuatu rangsangan kimia, sama ada tertarik kepada sumber rangsangan (positif) atau terhindar daripada rangsangan (negatif). Contohnya, bakteria akan tertarik dan bergerak menuju kepada rangsangan kehadiran glukosa, manakala bakteria akan bergerak jauh dari rangsangan kehadiran racun.

interoceptorinteroseptorSains SukanBiomekanikJenis reseptor yang sensitif terhadap rangsangan sensori yang diterima daripada dalam tubuh. Contoh interoseptor ialah kemoreseptor (reseptor yang menerima rangsangan yang berupa rangsangan zat kimia), berfungsi untuk memantau pH, kadar gula dan kadar kalsium dalam cairan tubuh.
social stimulusrangsangan sosialPendidikanTiadaRangsangan pengajaran yang lebih bersifat sosial berbanding dengan rangsangan berbentuk fizikal atau secara psikologi.
conditioned stimulusrangsangan terlazimSosiologiTiadaRangsangan yang pada mulanya tidak berkesan, tetapi melalui suatu rangsangan tidak bersyarat, akhirnya menimbulkan tanggapan bersyarat.
supramaximal stimulationrangsangan supramaksimumPerubatanTiadaRangsangan minimum yang menyebabkan kesemua serat saraf mengalami penyahkutuban secara serentak. Rangsangan transkutan yang diperlukan biasanya antara 20 mA hingga 60 mA atau 100 mV hingga 200 mV.
12345678910...

Kembali ke atas