Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.sum] | رڠسوم

Definisi : catuan (makanan dll), pelabur: biar­lah kau makan ~ penjara; merangsum memberi makan (kpd askar, orang tahanan, dll), mencatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sum] | رڠسوم

Definisi : bahagian (makanan) yg telah ditentukan banyaknya; catuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangsum (kata nama)
Bersinonim dengan catuan, sukatan, resen, alokasi, pelabur.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assaalamulaikum, mohon untuk huraian maksud rangsum makanan rangsum atau lain-lain yang makna yang berkaitanRangsum sama maksudnya dengan catuan, iaitu bahagian (makanan) yang telah ditentukan banyaknya. Lihat rangsum">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rangsum.Makna19.10.2012
maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~.

 

Tatabahasa26.11.2008

Kembali ke atas