Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rangu;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Peperomia pellucidaketumpang airHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba bersaiz kecil dan beraroma dalam famili Piperaceae, dikenali juga sebagai rangu-rangu. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan lembap dan teduh seperti di dalam pasu bunga dan tepi longkang. Batangnya licin, lembut dan mengandungi air. Daunnya kecil dan berbentuk jantung, berwarna hijau muda, licin dan berkilat. Bunganya sangat kecil dan tersusun pada jambak yang panjang dan padat. Buahnya kecil dan bulat. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk menyembuhkan sengal dan lenguh tulang. Cecair pada batang digunakan untuk merawat sakit atau ketegangan pada mata. Daun yang dihancurkan dipupuk di kepala untuk menghilangkan demam dan sakit kepala. Jus daunnya diperah untuk mengubati sakit perut dan demam. Daun dan batangnya mengandungi kariofilena, alkohol, seskuiterpena, eter aromatik dan bahan antibakteria.

Kembali ke atas