Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.king] | رنکيڠ

Definisi : bp kedudukan atau tempat (individu atau pasukan) dlm senarai pemain (pasukan dsb) berdasarkan skala pencapaian dlm sesuatu bidang sukan: lebih banyak pingat emas lebih tinggi kedudukan kita dlm ~ negara yg terbabit; pasukan itu masih menduduki ~ kedua dlm liga bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ranking


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah paling sesuai untuk perkataan 'ranking show'. Ranking show di sini merujuk kepada rancangan TV yang memberi ranking kepada tempat-tempat perlancongan misalnya. Jika tiada istilah tertentu, mohon berikan cadangan. Terima kasih.Cadangan istilah yang sesuai ialah rancangan penarafan.Istilah09.01.2017
1. Adakah ranking merupakan perkataan rasmi yang telah diiktiraf oleh pihak DBP? Jika ya, dalam Kamus DBP yang ke berapa? 2. Apakah perkataan sinonim untuk ranking? 3. Apakah perkataan ranking universiti dunia diiktiraf oleh DBP? Atau ada cadangan nama lain yang lebih sesuai? Sekian, terima kasih.Kamus Dewan masih melabelkan ranking sebagai bahasa percakapan, maka perkataan ranking tidak digunakan dalam konteks rasmi. Padanan yang diterima pakai bagi maksud ranking ialah pemeringkatan, seperti project ranking diterjemahkan kepada pemeringkatan projek.Istilah14.11.2014
Apakah kedudukan Bahasa Melayu dalam pemeringkatan (ranking) dunia dari segi bahasa pertuturan?

Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Bahasa Melayu mengikut kajian terkini berada pada tempat keempat. Terima kasih

Tatabahasa20.10.2009
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan 'ranking'(bahasa Inggeris).Pemeringkatan.Istilah19.02.2010

Kembali ke atas