Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.tai] | رنتاي

Definisi : 1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian, ren­tetan, deretan memanjang, leretan: konfron­tasi, putusnya hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~ drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan, kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar ban­­dar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah, belenggu; berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai be­rangkai-rangkai (berangkaian), ber­turut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rang­kai (bersambung-sambung); merantai 1. mengikat dgn rantai, mem­belenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki meng­hambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah di­rantai kota; rantaian untaian, rangkaian, rentetan, run­tunan; orang ~ orang rantai; perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tai] | رنتاي

Definisi : 1 tali drpd cincin-cincin logam yg berangkai-rangkai: ~ leher; ~ besi. 2 pertalian; ikatan: ~ kasih. berantai memakai rantai; mempunyai rantai: Kucingnya itu diberi ~ manik. berantai-rantai berturut-turut lepas satu, satu; berangkai-rangkai: peristiwa sejarah yg ~. merantai menambat (mengikat) dgn rantai; membelenggu: Ia ~ gajahnya dgn rantai besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ran.tai] | رنتاي

Definisi : ukuran panjang yg bersamaan dgn 22 ela atau 20.117 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantai (kata nama)
1. Bersinonim dengan kalung: leca, utas,

2. Bersinonim dengan ikatan: kaitan, pertalian, hubungan, jalinan,

Kata Terbitan : berantai, berantai-rantai, merantai, rantaian,

Puisi
 

Budak-budak bermain tombak,
     Tombak diikat dengan rantai;
Kalau kutakut dilambung ombak,
     Tak ku berumah di tepi pantai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun,
     bila terlepas ke hutan juga larinya.

Bermaksud :

Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dua barisan memanjang di bahagian tengah dorsum toraks serangga Diptera. (BIO) acrosyndesis (akrosindesis) Pemasangan telomer oleh kromosom homolog semasa meiosis. (BIO) acrylic fibre (gentian akrilik) Gentian buatan yang terdiri daripada rantai polimer sintetik, dengan sekurang- kurangnya 85% (berdasarkan berat) unit akrilonitril, -CH 2 CH(CN)-. Gentian akrilik digunakan untuk membuat gentian modakrilik, selimut dan permaidani. (KIM) acrylic resin (resin akrilik) Polimer BB mewakili kromosom daripada satu in - duk lain, semasa profasa meiosis, A berpasangan dengan A, dan B dengan B. Sinonim segmental alloploid, segmental interchange. (BIO) allotypes (alotip) Penanda antigen pada rantai imunoglobulin atau protein serum lain yang tidak terdapat pada semua ahli sesuatu spesies. (BIO) allowable (dibenarkan) Isi padu minyak dan/atau gas yang dibenarkan untuk dikeluarkan dari telaga dalam jangka

Kembali ke atas