Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.tau] | رنتاو

Definisi : 1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang, orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan: ia telah meninggalkan kampung halaman dan mem­-bawa hidup di ~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di mana ~nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan; serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; merantau 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber­-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tau] | رنتاو

Definisi : Br sj pukat (pukat hanyut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tau] | رنتاو

Definisi : 1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini. merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan: Moga-moga engkau selamat dlm ~. perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Pisang kelat digonggong helang,
     Jatuh sebiji ke Inderagiri;
Kalau pergi ke rantau orang,
     Baik-baik membawa diri.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Rantau jauh tidak terulang,
     rantau dekat tidak terkendanai.

Bermaksud :

Terlalu tua sehingga tidak terturutkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
length~ and breadth, (of certain area or country) serata /pelosok, ceruk rantau/: he had travelled the ~ and breadth of the country in the course of his work, dia telah pergi ke serata pelosok negeri ini krn menjalankan tugasnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
length~ and breadth, (of certain area or country) serata /pelosok, ceruk rantau/: he had travelled the ~ and breadth of the country in the course of his work, dia telah pergi ke serata pelosok negeri ini krn menjalankan tugasnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lightweightn 1. (boxing) petinju kelas lightweight: he is the best ~ in this region, dia ialah petinju kelas lightweight yg terbaik di rantau ini; 2. (derog) person of little ability or consequence, orang kecil: he is too critical, for a ~, dia terlalu banyak mengkritik, sedangkan dia orang kecil sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lightweightn 1. (boxing) petinju kelas lightweight: he is the best ~ in this region, dia ialah petinju kelas lightweight yg terbaik di rantau ini; 2. (derog) person of little ability or consequence, orang kecil: he is too critical, for a ~, dia terlalu banyak mengkritik, sedangkan dia orang kecil sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
storm cloud n 1. awan ribut; 2. (fig.) mendung: the ~s of war had been gathering over the region for months, mendung peperangan berarak di rantau itu berbulan-bulan lamanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
securityn 1. safety, keselamatan; (rel to feeling) selamat: events that are seen as a threat to the ~ of the region, peristiwa-peristiwa yg dianggap mengancam keselamatan rantau ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
understanding3. friendly or harmonious relationship, persefahaman: we should work for a better ~ with the countries in our region, kita harus berusaha utk mencapai persefahaman yg lebih baik dgn negara-negara di rantau ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
of7. (used with nouns like “intention”, “hope” or verbs like “dream” to indic a particular attitude, aspiration, etc), [various translations]: our hopes ~ peace in the region are now fading, harapan kami semoga rantau ini dlm keadaan damai sudah mulai pudar; we are all very proud ~ your achievements, kami semua bangga dgn kejayaanmu; I wouldn’t dream ~ telling her about it, saya sekali-kali tdk akan memberitahunya ttg hal itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cornerin a tight ~, dlm keadaan terdesak; /look, glance/ at so. out of the ~ of o’s eye, mengerling (dr /sudut, ekor/ mata); make a ~ in, memonopoli pasaran; out of the ~ of o’s eye, dr /sudut, ekor/ mata: I noticed out of the ~ of my eye that someone had entered the room, dr sudut mata, saya ternampak ada orang masuk ke bilik itu; the four ~s of the /earth, world/, seluruh /ceruk rantau, pelosok dunia/; turn the ~, (after an illness, crisis, etc), (approp n +) pulih: he had been ill for a long time, but turned the ~ after the operation, dia sudah lama sakit, tetapi keadaannya pulih selepas pembedahan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accentuatevt 1. see ACCENT (senses 1. & 2.); 2. make conspicuous, menyerlahkan, menampakkan lagi: eye make-up ~s the colour of the eyes, solekan mata menyerlahkan warna mata; the lighting ~s the cracks in the ceiling, cahaya lampu itu menampakkan lagi rekahan-rekahan di siling; 3. (fig.) emphasize, menonjolkan, menegaskan: incidents which ~ the instability of the region, kejadian-kejadian yg menonjolkan ketidakstabilan rantau tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas