Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.tau] | رنتاو

Definisi : 1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang, orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan: ia telah meninggalkan kampung halaman dan mem­-bawa hidup di ~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di mana ~nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan; serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; merantau 1. berjalan, belayar, atau me­ngem­­bara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber­-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tau] | رنتاو

Definisi : Br sj pukat (pukat hanyut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.tau] | رنتاو

Definisi : 1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini. merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan: Moga-moga engkau selamat dlm ~. perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Pisang kelat digonggong helang,
     Jatuh sebiji ke Inderagiri;
Kalau pergi ke rantau orang,
     Baik-baik membawa diri.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Rantau jauh tidak terulang,
     rantau dekat tidak terkendanai.

Bermaksud :

Terlalu tua sehingga tidak terturutkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Weiss theoremteorem WeissFizikModenTeori feromagnetisme yang berasaskan hipotesis bahawa di bawah titik Curie, sesuatu bahan feromagnet yang terdiri daripada rantau-rantau kecil atau domain-domain yang setiap satunya termagnet secara spontan disebabkan medan magnet molekul yang kuat, cenderung untuk menjajarkan momen magnet atom individu di dalam domain berkenaan. teori medan molekul.
open regionrantau terbukaMatematikTiadaSejenis rantau di mana bagi sebarang titik A dalam rantau satah D, wujud suatu bulatan dengan pusat A yang terletak sepenuhnya di dalam D.
critical regionkawasan genting; rantau gentingMatematikTiadaRantau genting: Kawasan di bawah lengkung yang mengandungi nilai-nilai yang menuju kepada penolakan hipotesis nol.
intergenic regionrantau antara genBioteknologiTiadaSebahagian jujukan DNA yang tidak mengekod asid amino. Pada prokariot rantau tersebut mungkin mengandungi replikon.
Brillouin zonezon BrillouinFizikModenRantau asas bagi vektor gelombang dalam teori rambatan gelombang yang melalui kekisi hablur. Vektor gelombang di luar rantau ini adalah setara dengan sesetengah vektor di dalam kawasan berkenaan.
regional arrangementaturan serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPakatan antara negara berdaulat dalam sesuatu rantau bagi menjaga kepentingan bersama demi kebaikan rantau tersebut, dan menjalinkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan dan sebagainya. Contoh aturan serantau ialah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Aturan serantau boleh ditubuhkan bagi tujuan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Contohnya, NATO yang berperanan mengawasi dan menguatkuasakan sekatan maritim terhadap negara bekas Yugoslavia semasa berlakunya Peperangan Balkan 1991�2001. Sinonim penyusunan serantau.
hinge lineengsel)GeologiTiada1. Garis di sepanjang permukaan sesar tempat arah alihan ketara berubah.,2. Garis yang menghubungkan titik lenturan atau kelengkungan maksimum satah pelapisan pada suatu lipatan.,3. Garis atau sempadan di antara rantau stabil dan rantau yang mengalami pergerakan ke atas atau ke bawah.
regional agreementperjanjian serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang dibuat oleh negara-negara berdaulat dalam sesuatu rantau bagi kepentingan dan tujuan bersama demi kebaikan rantau tersebut. Contoh perjanjian serantau ialah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).
Zener breakdownruntuh ZenerFizikModenRuntuh tak memusnah di dalam semikonduktor yang terjadi apabila medan elektrik yang merentasi rantau sawar menjadi cukup tinggi untuk menghasilkan suatu bentuk pancaran medan yang meningkatkan bilangan pembawa di dalam rantau ini dengan tiba-tiba. kesan Zener.
regionrantauMatematikTiadaKawasan yang memenuhi ketaksamaan tertentu dalam pengaturcaraan linear.
12345678910...

Kembali ke atas