Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.num] | رانوم

Definisi : 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nam­paknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau me­ranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.num] | رانوم

Definisi : terlampau masak (bkn buah-buahan): Pisang ~ boleh dibuat jemput-jemput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranum
Rujuk :masak

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Laksana buah masak lum,
     dihinggut perdu luruh sendiri.

Bermaksud :

Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lom[lom]kata adjektifmasak ranum (bagi buah yang boleh dimakan mentah seperti jambu, gajus dan sebagainya).Buah jambu tu lom dah, awat tak ambek lagi.[bu.wAh dZAm.bu tu lom dAh A.wAt tA/ Am.be/ lA.gi]Buah jambu itu sudah masak ranum, mengapa tidak dipetik lagi.
lebui[l«.buj]kata adjektifberkenaan buah yang terlalu masak terlalu ranum.Buat apa hang biaq buah sawa tu sampai lebui kat pokok.[bu.wAt A.pA hAN bi.jA)Ö bu.wAh sA.wA tu sAm.pAj l«.buj kAt p.k/]Mengapa engkau membiarkan buah ciku itu sehingga terlalu ranum di pokok.

Kembali ke atas