Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.num] | رانوم

Definisi : 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nam­paknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau me­ranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.num] | رانوم

Definisi : terlampau masak (bkn buah-buahan): Pisang ~ boleh dibuat jemput-jemput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranum
Rujuk :masak

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Laksana buah masak lum,
     dihinggut perdu luruh sendiri.

Bermaksud :

Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ripenvi become ripe, a. (of fruit, grain) masak; (of cheese, wine) matang; b. (of love), (menjadi) ranum: his love for Miriam had ~ed, sudah ranumlah cintanya pd Miriam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reach2. take hold of, touch, a. (by stretching out o’s hand) mencapai: I can’t ~ the top shelf, saya tdk dapat mencapai para paling atas; can you ~ the branch with the ripe fruit on it?, boleh kamu capai dahan yg buahnya sudah ranum itu?; b. (with o’s head) mencecah: his head ~ed the ceiling of the hut, kepalanya mencecah siling pondok itu; 3. pass, give with outstretched hand, menghulurkan: ~ me those books please, tolong hulurkan saya buku-buku itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas