Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.num] | رانوم

Definisi : 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nam­paknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau me­ranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.num] | رانوم

Definisi : terlampau masak (bkn buah-buahan): Pisang ~ boleh dibuat jemput-jemput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranum
Rujuk :masak

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Laksana buah masak lum,
     dihinggut perdu luruh sendiri.

Bermaksud :

Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betul atau tidak ayat ini: Pisang masak itu ranum. Terima kasih atas bantuan.Ayat yang betul ialah "pisang itu ranum".Tatabahasa26.05.2014
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “ripe” dan “mature” dalam konteks buah-buahan. Ini kerana kami mendapati padanan yang diberikan dalam teks semakan kami menggunakan padanan yang tidak konsisten iaitu (ripe) masak dan (mature) matang atau tua. Kami juga mendapati terdapat padanan bagi “mature” sebagai “ranum”.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

ripe; mature - masak; ranum; matang

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain30.06.2021
Pisang kapas yang masak empuk itu amat sesuai dibuat lepat. Adakah ayat ini mengandungi kesalahan tatabahasa? Terima kasih.Ayat ini tidak salah dari segi tatabahasa tetapi salah dari segi semantik (makna). Umumnya kata empuk untuk masakan, misalnya ubi direbus hingga empuk. Untuk pisang disebut masak ranum.Makna29.09.2011

Kembali ke atas