Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.num] | رانوم

Definisi : 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nam­paknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau me­ranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.num] | رانوم

Definisi : terlampau masak (bkn buah-buahan): Pisang ~ boleh dibuat jemput-jemput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranum
Rujuk :masak

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Laksana buah masak lum,
     dihinggut perdu luruh sendiri.

Bermaksud :

Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ranum Dalam Album NostalgiaAmir AkramMingguan Watan12.11.1995
RanumRazali EndunMingguan Malaysia19.06.2005
Buah Ranum Yang Layu Di TangkaiRazali Mohd YussofMingguan Malaysia19.09.2004
Penulis Pahang ranum di luarDaeng RamliakilMingguan Malaysia02.01.1994
Sejambak Cinta Yang RanumBaharuddin C. DMingguan Wanita31.07.1987
Musim Buah - Buah Ranum (Nostalgia Buat Nenek)Borhan SaniMingguan Malaysia10.09.1990
Pokok Asam Jawa: Kunikmati Ranum BuahmuNoraini OsmanUtusan Borneo11.03.1996
Suara seniman wajar bijaksana, ranum dan indahA. Samad SaidUtusan Malaysia22.03.2000

Kembali ke atas