Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.num] | رانوم

Definisi : 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nam­paknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau me­ranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.num] | رانوم

Definisi : terlampau masak (bkn buah-buahan): Pisang ~ boleh dibuat jemput-jemput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranum
Rujuk :masak

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Laksana buah masak lum,
     dihinggut perdu luruh sendiri.

Bermaksud :

Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overriperanumPertanianTiadaTiada
after ripeningranum; pematangan lanjurKomunikasi MassaTiadaTiada
after ripeningranumPertanianTiadaTiada
mature ripemasak ranumPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
ripe stageperingkat ranumPertanian OrganikTanaman Makanan-
olivezaitunHerbaTiadaTumbuhan daripada genus Olea dalam order Schrophulariales terutamanya pohon zaitun (Olea europaea) yang ditanam untuk buah drupanya. Buah zaitun ranum berwarna hitam sesuai untuk dimakan dan buah zaitun muda berwarna hijau mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Minyak zaitun digunakan sebagai emolien dalam rawatan penyakit kulit dan sebagai bahan nutrien.
fruit peelkulit buahHerbaTiadaBahagian kulit buah bagi suatu bahan mentah herba. Kandungan kulit buah kaya dengan minyak pati/meruap dan bahan pahit. Contohnya, pericarpium Citri reticulatae adalah kulit buah ranum Citrus reticulate Blanco atau kultivarnya yang telah dikeringkan.

Kembali ke atas