Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.pat] | راڤت

Definisi : 1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jam­batan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persaha­batan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara penga­rang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu; rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; je­maah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur; merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hu­bung­­an persahabatan dll), selalu mengun­jungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kam­pung ini jikalau dia ingin mendapat kerja­sama drpd mereka; merapatkan 1. menjadikan rapat, men­de­katkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada se­suatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn meng­gabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengu­kuh­kan tali persahabatan; memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi; ~ sila bersila baik-baik; rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihat-an ~nya lagi; kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara; perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : = kerapatan perkumpulan, per­him­punan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), menga­dakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (ber­sidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatan­kuasa segera dirapatkan; 2. menge­mukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putus­kan sendiri, tidak perlu dirapatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : ; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat putih, akar gerip putih, Parameria bata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : 1 hampir-hampir bertemu; hampir tidak ada selanya; kerap (bkn anyaman): Mereka disuruh duduk ~ sebelum diambil gambar. Dinding rumahnya dibuat drpd buluh yg dianyam ~. 2 tidak bercelah atau tidak bersela sedikit pun; tidak renggang: Peti itu ditutup ~. 3 dekat sangat; hampir sungguh: Kapal itu berlabuh ~ ke pantai. 4 sangat sesuai (bkn persahabatan); erat; karib: Perhubungan kedua-dua orang itu sangat ~. berapat, berapat-rapat berada (duduk dll) dekat-dekat: Mereka duduk ~ semasa menonton cerita seram itu. berapatan berhampiran; berdekatan. merapat 1 menjadi rapat: Sedikit demi sedikit, kedua-dua pihak mula ~. 2 berlabuh dekat dgn: Sebaik-baik saja kapal itu ~ ke pelabuhan, ia pun bergegas turun. merapati datang rapat dgn (pd); datang menghampiri; mendekati: Sepasukan tentera Rusia bergerak dgn pantas ~ kota Berlin. merapatkan membuat supaya menjadi rapat; mendekatkan; menutup rapat; mengeratkan (bkn persahabatan): Ada sesuatu yg ~ mereka berdua. memperapat menjadikan lebih rapat; memperdekat; mempererat. kerapatan keadaan rapat. perapatan perbuatan, hal dsb berapat, merapat atau merapatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.pat] | راڤت

Definisi : , = rapatan perhimpunan (kerana membincangkan sesuatu); mesyuarat: ~ raksasa perhimpunan besar yg dihadiri oleh orang ramai (biasanya di tanah lapang); ~ umum perhimpunan yg dihadiri oleh orang ramai. berapat mengadakan rapat; bersidang; bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
take-in (get in)rapat-rapatKomunikasiTiadaTiada
sealkedapKejuruteraanPetroleumMenutup rapat-rapat atau mengunci dengan baik semua sambungan ataupun skru-skru pada sistem supaya tidak terjadi kebocoron aliran bendalir yang mengalir di dalam sistem berkenaan.
production packersimpai pengeluaranKejuruteraanPetroleumSimpai untuk menutup rapat-rapat ruangan di antara tetiub dengan selongsong semasa proses pengeluaran dan boleh digunakan sebagai pemisah di antara zon-zon produktif dengan zon-zon yang tidak produktif. Rujuk : simpai.
joistjeriauKejuruteraanKejuruteraan BangunanRasuk atau kekuda yang direntang rapat-rapat untuk menyokong struktur lantai.
frizzykeriting gerbuPentadbiran PerniagaanTiadaRambut yang berkeriting kecil-kecil dan rapat-rapat.
kelarai mata berkaitkelarai mata berkaitKesenianTiadaKelarai tapak harimau yang dianyam rapat-rapat dengan dua warna dan disusun enam helaian sahaja.
pinnate drainagesaliran lelipanGeografiTiadaPola saliran berbentuk rerambut yang mengandung cawangan yang banyak dan rapat-rapat.
blind rampelantak butaKejuruteraanPetroleumSinonim : pelantak kosong Bahagian penting pencegah semburan keluar yang bertindak atau berfungsi sebagai unsur penutupan dan pengedapan. Bahagian ini akan mengedap antara satu sama lain yang akan menutup rapat-rapat ruangan lubang gerudi yang berada di bawahnya. Dalam penggunaannya, talian paip gerudi mesti tidak berada di dalam lubang gerudi terutama di bahagian tempat pencegah semburan keluar dipasang.
packersimpaiKejuruteraanPetroleumSebahagian daripada peralatan dalam lubang yang terdiri daripada alat penutup yang rapat pada dan alat pemegang atau pemasang dan berguna untuk menyekat aliran bendalir daripada mengalir melalui ruangan anulus antara tetiub dengan dinding lubang telaga dengan cara menutup rapat-rapat ruangan berkenaan. Biasanya dipasang pada jarak tertentu di atas zon yang berpenghasilan. Dikelaskan menurut susunan, kegunaan, kaedah pemasangan dan keadaan sama ada peralatan ini boleh diperoleh atau dipulihkan semula atau tidak.
Kapteyn Universealam semesta KapteynMatematikTiadaGalaksi kita yang menurut J.C. Kapteyn, ahli falak Belanda, terdiri daripada gugusan bintang yang besar dalam bentuk elipsoid kisaran yang leper dan diameternya kira-kira lima kali ketebalannya. Bintang berada rapat-rapat di bahagian pusat dan kian jarang ke arah sisi tanpa sempadan yang tetap. Galaksi kita ini dianggarkan mempunyai sebanyak 47 bilion bintang.
12345678910...

Kembali ke atas