Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.puh] | راڤوه

Definisi : 1. mudah patah (cabik, pecah, putus, robek, sobek): keropok yg ~; daun-daun musim buah yg telah ~ dan reput; 2. ki tidak teguh, tidak kuat, lemah: tubuh yg kecil ~; betapa lemahnya dan betapa ~nya jiwa pemuda-pemuda kita apabila berdepan dgn pengaruh dr luar; pertelingkahan tentang beberapa isu membayangkan betapa ~nya hubungan yg terjalin antara kita; hidupnya (nyawanya) ~ lekas mati; ~ hati a) lemah hati (semangat), lunak; b) mudah tersinggung perasaannya; ~ iman tidak kuat (teguh) iman; ~ jiwa (semangat) lemah jiwa (semangat); ~ mulut tidak dapat me­nyim­pan rahsia, suka sangat bercakap; merapuhkan menjadikan (menyebabkan) rapuh; kerapuhan 1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll); perapuh 1. sesuatu yg merapuhkan; ilmu ~ jampi (mantera) utk melembutkan musuh (senjata dll); 2. (orang yg) mudah rapuh (hati dll): peguam muda yg ~ hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.puh] | راڤوه

Definisi : 1 mudah patah; mudah pecah: Kayu itu ~. 2 tidak teguh (bkn pen­dirian); lemah (jiwa). merapuhkan menjadikan rapuh. kerapuhan keada­-an atau sifat rapuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rapuh
Rujuk :rangup

Peribahasa

Nibung bangsai bertaruk muda.

Bermaksud :

Orang tua yang berlagak muda. bangsai = rapuh dan buruk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Dahan rapuh jatuh ke tanah, Dedalu tumbuh bersama palas; Teladan kepada tidak amanah, Seribu lesap sejuta melepas.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Selasih berdahan rapuh, Ke situ tupai melompat; Kekasih berjalan jauh. Kutunggu sampai kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pucuk kemiri dimakan ulat, Kayu yang kuat menjadi rapuh; Buruk negeri lupakan adat, Seteru dekat negeri pun runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau nak lurut padi muda, Kenalah rendam bagi rapuh; Kalau nak turut hati muda, Kena pegang bagi kukuh.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas