Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.puh] | راڤوه

Definisi : 1. mudah patah (cabik, pecah, putus, robek, sobek): keropok yg ~; daun-daun musim buah yg telah ~ dan reput; 2. ki tidak teguh, tidak kuat, lemah: tubuh yg kecil ~; betapa lemahnya dan betapa ~nya jiwa pemuda-pemuda kita apabila berdepan dgn pengaruh dr luar; pertelingkahan tentang beberapa isu membayangkan betapa ~nya hubungan yg terjalin antara kita; hidupnya (nyawanya) ~ lekas mati; ~ hati a) lemah hati (semangat), lunak; b) mudah tersinggung perasaannya; ~ iman tidak kuat (teguh) iman; ~ jiwa (semangat) lemah jiwa (semangat); ~ mulut tidak dapat me­nyim­pan rahsia, suka sangat bercakap; merapuhkan menjadikan (menyebabkan) rapuh; kerapuhan 1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll); perapuh 1. sesuatu yg merapuhkan; ilmu ~ jampi (mantera) utk melembutkan musuh (senjata dll); 2. (orang yg) mudah rapuh (hati dll): peguam muda yg ~ hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.puh] | راڤوه

Definisi : 1 mudah patah; mudah pecah: Kayu itu ~. 2 tidak teguh (bkn pen­dirian); lemah (jiwa). merapuhkan menjadikan rapuh. kerapuhan keada­-an atau sifat rapuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rapuh
Rujuk :rangup

Peribahasa

Nibung bangsai bertaruk muda.

Bermaksud :

Orang tua yang berlagak muda. bangsai = rapuh dan buruk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brittle heartteras rapuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian tengah batang kayu yang rapuh yang tidak normal akibat cacat mampatan semula jadi pada gentiannya. Teras rapuh berlaku pada bahagian teras kayu di sekeliling empulur dan banyak terjadi pada kayu keras tropika.
ruskroti rapuhPentadbiran PerniagaanTiadaRoti yang dibakar di dalam ketuhar sehingga keras, garing, rapuh dan perang.
brittle bone diseasepenyakit tulang rapuhPerubatanTiadaPenyakit kongenital, tidak diketahui sebabnya, bercirikan tulang yang rapuh, senang terfraktur. Sinonim : osteogenesis imperfekta.
ductile-brittle transition temperaturesuhu peralihan mulur-rapuhKejuruteraanTiadaHad suhu minimum logam aloi mulai menjadi rapuh.
brittle micamika rapuhGeologiTiadaSekumpulan mineral yang menyerupai mineral sebenar dari segi ciri kristalografinya, tetapi membelah kepada kepingan-kepingan yang rapuh dan mengandung kalsium sebagai juzuk perlu.
fragilerapuhFizikTiadaTiada
brittlerapuhFizikTiadaTiada
brittlerapuhKejuruteraanTiadaTiada
brittlerapuhPerubatanTiadaSifat bahan yang had seimbang dan kekuatan akhir adalah hampir sama.
flimsyrapuh; nipis; lemah;; flimsi (kertas)PerikananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas