Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rapuh
Rujuk :rangup


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan "garing","rapuh"dan"rangup"

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “garing” bermaksud 1. agak keras dan kering tetapi rapuhBiskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. Rapuh dan rangup memberi maksud mudah pecah atau patah atau rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" ada persamaan makna dengan “rapuh”. Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh”. Walau bagaimanapun, penggunaan kata tersebut perlu bersesuaian dengan konteks ayat. Perbezaannya, hanya kata “rapuh” mempunyai perluasan makna kiasan contohnya tidak teguh, tidak kuat, lemah dan lain-lain.

Makna10.11.2021
Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. 1. Adakah tatabahasa ayat di atas betul ? 2. Adakah penggunaan "nya" dalam ayat betul ? Terima kasih.Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. Ayat ini betul.Tatabahasa08.03.2016
Mohon pencerahan ayat di bawah. 1.Dia terjatuh krn terpijak dhn yang rapuh. Atau 2.Dia terjatuh krn terpijak dahan yang sekah. Terima kasih.Jawapan yang betul ...dahan yang rapuh.Tatabahasa19.08.2015
Assalamualaikum kpd tuan.. Sy hanya hendak menanyakan 1 persoalan yg sering bermain di fikiran sy.Ia berkenaan kepada isu bahasa Melayu telah ditukarkan kepada bahasa Malaysia ole kerajaan.Ia ditukarkan hanya untuk as[ek perpaduan yang dikatakan oleh sebilangan masyarakat semakin rapuh.Sy tidak menolak pandangan itu dan mengakui perpaduan antara kaum di negara kita tidak seteguh dahulu.Tetepi,mengapa bahasa Melayu yang juga bahasa ibunda kita ditukarkan??sedangkan dalam perlembagaan sudah termaktub dalam perkara 152 yang mengakui dan mengiktirafnya.Ini kerana orang cina mempunyai bahasanya sendiri (b.manderin) dan begitu juga dengan kaum india (b.tamil),sedangkan kaum Melayu tiada bahasanya...Saya hairan mengapa ia berlaku.Harap maaf jika ada kesilapan fakta dan bahasa.Harap pandangan daripada pihak tuan akan sy perolehi dengan secepat mungkin.Sekian terima kasih.. Daripada hamba ALLAH yang sayangkan bangsa..Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain23.07.2008
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)?

Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan:
Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk  berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan).

·     Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak;  biskut yang sudah hapak.
Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan:

   Garing ialah keras tetapi rapuh  seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup.
Makna06.04.2014
Apakah seramik, porselin dan tembikar merujuk benda yang sama? Terima kasih.

Tembikar ialah jenis seramik, manakala porselin ialah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat seramik, selain tanah liat. Takrifan seramik, tembikar dan porselin dalam Kamus Dewan Perdana ialah:

seramik سيراميک [se⋅rɑ⋅mik]

n 1 barang yg dihasilkan drp tanah liat, mis tembikar, pasu dan jubin: Kami menyediakan seramik berukir bagi hiasan dalaman masjid tsb. 2 bahan yg keras, rapuh dan mempunyai takat lebur yg tinggi yg dibuat drp tanah liat: Seramik yg paling penting ialah tanah liat tradisional. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drp tanah liat, tembikar dsb: Karya yg dipamerkan ialah seni catan, cetakan, seramik, anyaman dan foto yg merupakan hasil kerja tangan pelajar UPSI.

berseramik برسيراميک [bər⋅se⋅rɑ⋅mik] ktt ada seramik atau berhias dgn seramik: Ruang dapur atas berseramik biru menjadikan dapur tampak mewah.

 

tembikar تمبيکر [təm⋅bi⋅kɑr]

n 1 cawan, mangkuk, pinggan dll yg dibuat drp tanah liat yg dibakar dan bergilap; 2 serpihan

tembikar, cawan, mangkuk dll; tembereng;

 

porselin ڤورسلين [por⋅sə⋅lin] n bahan yg dibuat drp campuran tanah liat, kuarza dsb, yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras dan digunakan sbg penebat elektrik, peralatan dapur, makmal dsb;

berporselin برڤورسلين [bər⋅por⋅sə⋅lin] ktt mengandungi porselin: bahan batuan berporselin.

Semoga jawapan ini menjawab persoalan tuan.

Terima kasih.

Makna22.03.2023

Kembali ke atas