Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ras] | رس

Definisi : bunyi spt bunyi daun kering yg digosokkan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ras] | رس

Definisi : ; tali ~ tali kekang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ras] | رس

Definisi : kaum, keturunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ras
Rujuk :puak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan/puan. Saya, Ras Addina ingin meminta penjelasan daripada pihak tuan/puan berhubung permohonan saya yang tidak diluluskan oleh KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Besarlah harapan saya agar pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan kepada persoalan saya dengan kadar segera agar saya dapat melakukan perubahan dan melengkapkan permohonan lesen perniagaan taska. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat saya hargai. Sekian, terima kasih.


Sila klik pada nombor pendaftaran iklan tersebut dan tuan/puan akan lihat komen/pindaan pegawai kami di bahagian bawah. Terima kasih.
Lain-lain07.02.2017
Assalamualaikum. Tuan , mohon pencerahan tentang konsep amalgamasi kaum dan asimilasi kaum. Amalgamasi membawa maksud proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras baharu, cth Pan-Asian, Chindian dll tetapi tiada bukti ketara adanya budaya baharu wujud. Berbanding dengan contoh asimilasi kaum, di mana percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama, contoh masyarakat Indonesia, Cina Peranakan, Chitty Melaka. Bagaimanapun bukan kedua contoh terakhir masyarakat Cina Peranakan dan Chitty Melaka lebih menepati konsep amalgamasi dengan kewujudan ras yang baharu dan budaya yang baharu memandangkan bukan semua budaya masyarakat ini seratus peratus sama dengan bangsa masyarakat tempatan (melayu). Mohon pencerahan terhadap konsep ini dalam konteks hubungan etnik. Terima kasih.Untuk makluman, amalgamasi tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, merujuk kepada Sains Politik, dari segi bahasa, amalgamation bermaksud gabungan/penggabungan.Makna26.01.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera pihak DBP. Saya ingin memohon pertolongan pihak DBP untuk mengenal pasti ayat yang mana satu betul dan tidak mempunyai sebarang kesalahan tatabahasa. Ayat Pertama: Pengetahuan ini penting untuk memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, ras dan budaya. Ayat Kedua: Pengetahuan ini penting untuk memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama, ras dan budaya. Jasa baik pihak DBP didahului dengan ucapan terima kasih daun keladi. Sekian, wassalam.Ayat yang betul ialah Pengetahuan ini penting untuk memupuk persefahaman dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama, ras dan budaya.Tatabahasa16.01.2012
Racial card dalam bahasa melayu? Terima KasihKami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

racial card - kad ras

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain29.11.2021
Terangkan maksud Masyarakat Majmuk Secara Ringkas.Majmuk bermaksud sesuatu yg terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi merupakan kesatuan. Masyarakat majmuk bermaksud kepelbagaian bangsa, agama, ras, etnik yg membentu suatu komuniti atau masyarakat dalam sesebuah negara. T.kasih. Lain-lain10.09.2008
Pengertian Kesusasteraan Melayu dalm konteks pembelajaran sekolah menengah atas?

Subjek Kesusasteraan Melayu ditawarkan di sekolah menengah atas adalah untuk membina negara bangsa yang merangkumi jati diri bangsa, tamadun bangsa, nilai-nilai murni, elemen perpaduan antara ras dan etnik, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dalam karya kesusasteraan tedapat unsur-unsur seperti hiburan, falsafah, ilmu pengetahuan, keindahan, nilai-nilai murni dan sebagainya. Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik pembinaan negara bangsa, saudara disarankan supaya membaca Dasar Pendidikan kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Dasar Pembangunan Wawasan. 

Lain-lain13.04.2008
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannyaKonstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu.Sastera27.04.2012
apakah maksud diskriminasi?Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang ber­beza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskri­minasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari­ segi layanan): golongan ini telah di­diskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka.Tatabahasa01.02.2013
1) Sesungguhnya, dasar dan sistem pendidikan dapat dianggap sebagai satu daripada alat terpenting dan berkesan untuk menyemai dan memupuk semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bangsa dan negara, "membina" jati diri dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya di negara ini. 2)Bahasa Melayu telah membuktikan keupayaan dan kejayaannya sebagai wahana untuk "membina" kehidupan nasional dan negara yang moden dan maju. 3)Dalam zaman pembinaan negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan "membinanya" sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa persekolahan dan bahasa budaya tinggi yang mampu mendukung pengucapan struktur pemikiran moden dan canggih, selain sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. adakah membina merupakan kata kerja transitif aktif dalam ketiga-tiga ayat di atas?Perkataan membina dalam ketiga-tiga ayat tersebut ialah kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157.Tatabahasa24.03.2012
Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks). apa pendapat DBP tentang perkara ini? apa langkah-langkah DBP telah lakukan untuk perkara seperti ini? Harap dapat menjawab soalan saya kerana saya akan membentangkan perkara ini di tempat kerja saya esok. terima kasih.Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini.
Bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan.


DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa khususnya dalam media elektronik. Terdapat rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan.
Tatabahasa20.01.2017
12

Kembali ke atas