Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mendesak1 mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2 menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3 hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4 menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5 penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6 mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~nya supaya terus memencilkan diri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
desak; berdesak berasak-asak (kerana sempit): Mereka ~ utk membeli tiket wayang. berdesak-desakan berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. mendesak 1 mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2 menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3 hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4 menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5 penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6 mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~nya supaya terus memencilkan diri. terdesak 1 terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2 tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak, dia tidak pernah datang ke rumah. 3 terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. desakan 1 permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2 tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3 dorongan (yg kuat): Dia belajar sungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya. pendesakan perbuatan atau hal mendesak. pendesak orang yg mendesak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendesak1. mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2. menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3. hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4. menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5. penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6. mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~ nya supaya terus memencilkan diri.Kamus Pelajar
desakberdesak berasak-asak (kerana sempit): Mereka ~ utk membeli tiket wayang. berdesak-desakan berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. mendesak 1. mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2. menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3. hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4. menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5. penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6. mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~ nya supaya terus memencilkan diri. terdesak 1. terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2. tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak dia tidak pernah datang ke rumah. 3. terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. desakan 1. permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2. tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3. dorongan (yg kuat): Dia belajar bersungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya. pendesakan perbuatan atau hal mendesak. pendesak orang yg mendesak.Kamus Pelajar
kompleks II/kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
malu I1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, be­rasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata; malu-malu nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu ber­hadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, mena­kuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka; memalukan 1. memberi malu, menyebab­kan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan; kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg men­datangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); kemalu-maluan berasa sangat malu, ter­sipu-sipu: dia tunduk ~;pemalu (orang yg) mudah berasa malu.bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kejisangat buruk (rendah), hina (bkn sifat, kelakuan, perbuatan, dll), amat tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dll): kalau orang yg jahat mati ia akan meninggalkan nama yg ~; ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yg ~; berkeji; ~ diri merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu); mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain; mengejikan menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~; memperkejikan sl menganggap (meman­dang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dll): jangan kiranya fakir diperkejikan; kekejian sifat (perbuatan) yg keji, keburuk­an, kehinaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kompleks(kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai­-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewu­judkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum men­jadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ dan ‘aku wartawan’; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg me­nyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) ke­adaan fikiran yg memperlihatkan sikap se­seorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
orang1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada ~ telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia (ganti diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat; dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia: barangnya ada te­tapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg memanggil aku tadi; ~ seorang orang sen­diri; 4. penjodoh bilangan bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasu­kan keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?; kalau engkau pan­dai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu daerah ter­tentu, rakyat se­sebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~ Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kam­pung; 7. bangsa, kaum, suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita; ~ sekali masuk mem­bawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana, lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10. bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah negara; b) orang luar; ~ asli pen­duduk asal sesebuah negeri; ~ atas a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi, orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; ~ bawah (ba­wah­an) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa rakyat biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di bukit; ~ bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; ~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli; b) orang kampung (dusun); c) Kl, ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir); ~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; ~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pem­bantu rumah, amah; ~ galang orang yg men­jadi pelindung kpd orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai; ~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat di­harapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb); ~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg ting­gal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu sesuatu per­kara (adat, tatatertib, dll); ~ jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a) orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa; ~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pem­bantu (penolong) yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rang­kaya panggilan kpd isteri orang yg ber­pangkat atau yg patut dihormati; ~ keba­nyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat); ~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang ke­banyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ ke­­percayaan orang yg dipercayai, orang ha­rap­an; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain; ~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak peng­alamannya; ~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut; ~ liar orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan; ~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang orang dagang; ~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka; ~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; ~ papak pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman orang awam (bukan ten­tera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a) orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsa­nya dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang balar; ~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yg ber­kaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll), utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~ tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara penge­luar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg keba­nyakan­nya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik; ~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hati­nya prb mengikut rasa hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirin­duinya (nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sem­purna); lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi); seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orangKamus Dewan Edisi Keempat
air I1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebing­nya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garam­nya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) per­mukaan air; b) rupa muka (yg membayang­kan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pan­kreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembah­yang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama berme­s­yua­rat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucur­an atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadan­kan mengikut banyak sedikitnya pen­dapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi di­makan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih ba­rang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri per­gaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal di­­gunung­kan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyut­kan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat me­ma­dami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resam­nya sendiri); adakah dr telaga yg jernih me­ngalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendirian­nya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak mema­sukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb penga­jaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi mem­boros­kan wang itu); bagai minum ~ ber­cacing prb hal orang yg enggan disuruh me­nger­jakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditim­ba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ se­geluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb mencerita­kan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garamKamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas