Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
delayed griefkehibaan lewatGerontologiTiadaRasa sedih dan pilu yang lewat ditunjukkan, terutama akibat kematian seseorang.
social painkesakitan sosialGerontologiTiadaPerihal rasa sedih, rendah diri dan tersisih, terutama dari segi hubungan dan layanan keluarga atau masyarakat yang dialami oleh seseorang akibat kekurangan yang dimiliki.
spiritual painkesakitan rohaniGerontologiTiadaPerihal rasa sedih dan kesal, berpunca daripada kurang pengetahuan agama.
dirgeIagu ratapKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan rasa sedih atau duka terutama yang berhubung d ngan peristiwa kematian orang kenamaan. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" karya Usman Awang di bawah. Kematian! Kemafom dari suatu kehidupan yang mulia yang telah ditinggalkan, jadilah ia ukiran kenangan bahawa di tanah ini seorang daripada lelaki berani yang berdiri menjunjung keyakinan, dan berkata Islam tidak pernah takut kepada apa saja laksana dirinya dalam cahaya kebenaran yang dipeluknya.
bathosbatosKesusasteraanTiadaKesan akibat kegagalan melahirkan sesuatu sanjungan, rasa sedih atau simpati, atau kejayaan tinggi dalam penciptaan sesebuah karya.
adjustment disordergangguan penyesuaianPerubatanPsikiatriSekumpulan gejala, seperti tekanan perasaan, rasa sedih atau tidak ada harapan yang dialami oleh individu setelah melalui kehidupan yang susah.
pathoskehibaanKesusasteraanTiadaKemampuan atau kekuatan dalam karya sastera yang menimbulkan rasa hiba, sedih, ghairah, haru, sendu, atau cinta kasih dalam diri pembaca.
depression (mental)kemuramanPerubatanTiadaSindrom psikiatri bercirikan rasa tersisih dan sedih yang keterlaluan.
mood disorderkecelaruan rasa hatiPsikologiPsikologi UmumKumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untuk membunuh diri.
bathosbatosKesusasteraanTiadaKarya sastera yang menimbulkan kesan perasaan yang berbeza daripada apa yang dijangkakan oleh khalayak. Contohnya pembaca mengharapkan rasa gembira, tetapi sebenarnya perasaan sedih yang timbul.
12

Kembali ke atas