Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.si] | راسي

Definisi : 1. sekumpulan bintang dlm zodiak (minta­kulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur); 2. ilmu melihat nasib (yg dianggap ada hubungan dgn bintang-bintang), ilmu per­bintangan, ilmu bintang; tinggi ~ a) baik bintangnya, ber­untung; b) bertuah, berbahagia, sakti; 3. = serasi (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~; merasi, merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib; menyerasikan menjadikan serasi (secocok, sesuai): kedua-duanya perlu diselaraskan dan diserasikan; keserasian perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai); perasian ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.si] | راسي

Definisi : 1 kumpulan bintang dua belas. 2 = serasi sesuai benar; secocok; sepadan: Dia ~ dgn saya. merasikan meramalkan nasib atau mengetahui jodoh dgn menilik bintang (mimpi dll). perasian ilmu ttg bintang utk menilik atau utk meramalkan; perbintangan. serasi 1 sesuai benar; secocok; sepadan. 2 ist keupayaan sesuatu peranti atau atur cara utk dijalankan pd komputer yg berlainan tanpa menukarkan peranti atau atur cara tsb. menyerasikan menjadikan sesuai atau secocok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kala: rekata

2. Bersinonim dengan perasian: ilmu bintang, ilmu perbintangan, ilmu melihat nasib, ilmu nujum,

Kata Terbitan : merasi, serasi, menyerasikan, keserasian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RASI

RASI, kesesuaian dalam konteks perhubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan peralatan. Contohnya rasi antara suami dan isteri, rasi antara penghuni dengan rumah yang dialami, rasi antara pemilik dengan barang yang dimiliki dan rasi antara ladang atau kebun dengan empunyanya.  Jika ada kesesuaian, rasi akan membawa keuntungan faedah, kebahagian dan kesuburan kepada mereka. Jika tidak serasi, maka timbul konflik dalam rumah tangga, sakit, bencana atau ditimpa musibah. Ukurannya dilihat pada kesan perhubungan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas