Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~; rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~; merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; perasmian pengisytiharan (pelantikan, pe­nentuan, penetapan, pengangkatan, peng­umum­­an, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan atau ditentukan oleh kerajaan atau oleh pihak yg bertanggungjawab: bahasa ~; pakaian ~. merasmikan mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. perasmian perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasmi (adjektif)
Bersinonim dengan formal, sah, sahih, diluluskan, dibenarkan;,
Kata Terbitan : merasmikan, perasmian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHASA RASMI

BAHASA RASMI, ragam bahasa yang digunakan untuk semua urusan rasmi dan pentadbiran negara. Bahasa Melayu mula diberi peranan sebagai bahasa rasmi apabila Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Pindaan 1967), yang mengisytiharkan bahasa kebangsaan akan digunakan untuk semua urusan rasmi menggantikan bahasa Inggeris.

BAHASABahasa
AKTA RAHSIA RASMI 1972

Akta Rahsia Rasmi 1972 ialah undang-undang bertulis berhubung dengan apa yang dikatakan sebagai rahsia kerajaan.  Akta Rahsia Rasmi ini disebut atau dibincangkan apabila timbul perbincangan mengenai demokrasi, khususnya hak rakyat untuk mengambil tahu tentang perjalanan pemerintahan negara. 

UNDANG-UNDANGAkta
PRAVDA

Pravda ialah akhbar rasmi Parti Komunis Kesatuan

Soviet hingga Parti Komunis itu hilang kuasanya

dalam kerajaan Soviet pada tahun 1991.

UMUM 
DUMA

Duma, secara rasmi dikenali sebagai State

Duma, ialah dewan perundangan terendah

Rusia pada awal tahun 1900-an, iaitu pada zaman

pemerintahan Tsar Nicholas II.

UMUM 
DAUPHIN

Dauphin ialah gelaran rasmi putera sulung

Perancis dari tahun 1349 hingga tahun 1830.

Gelaran ini sama tarafnya dengan gelaran ‘Prince

of Wales’ di England.

UMUM 
KEBERKECUALIAN

Keberkecualian ialah pendirian rasmi kerajaan

yang tidak menyertai mana-mana peperangan.

Negara yang tidak mengambil bahagian, sama ada

secara langsung atau tidak langsung, dikatakan

sebagai berkecuali.

UMUM 
PERJANJIAN VERSAILLES

Perjanjian Versailles ialah persetujuan rasmi

untuk menamatkan tindakan ketenteraan terhadap

Jerman dalam Perang Dunia I. Perjanjian ini

ditandatangani di Istana Versailles, berhampiran

Paris , pada 28 Jun 1919, dan dikuatkuasakan pada

10 Januari 1920. Serangan sebenar berakhir

apabila Jerman menerima perjanjian gencatan

senjata ini pada 11 November 1918.

UMUM 
ACAPULCO

Acapulco (pend. 515 374) secara rasmi dikenali

sebagai Acapulco de Juárez, ialah pelabuhan dan

juga bandar percutian di Mexico. Pemandangannya

yang indah, dan iklim sederhana panas

menjadikannya salah satu tempat percutian yang

paling popular di dunia. Ia terletak di atas bukit

bukau berhutan di sepanjang pelabuhan semula

jadi yang dalam di pantai Pasifik Mexico. Bandar ini

terletak kira-kira 300 kilometer ke barat daya

Mexico City (lihat Mexico [peta politik]).

UMUM 
SUCRE

Sucre (pend. 79 941) ialah ibu negara rasmi Bolivia.

Namun begitu semua pejabat kerajaan kecuali

pejabat Mahkamah Agung, terletak di La Paz yang

menjadi ibu negara sebenar. Sucre terletak di selatan

tengah Bolivia di Banjaran Cordillera Real (Banjaran

Royal) Pergunungan Andes pada ketinggian 2728

meter. Untuk lokasi, lihat Bolivia (peta).

UMUM 
THE INTERNATIONALE

The Internationale ialah lagu kebangsaan tidak

rasmi yang digunakan oleh sesetengah parti

Sosialis. Sehingga tahun 1944, ia merupakan lagu

kebangsaan Kesatuan Soviet – negara Komunis

yang diketuai oleh Rusia. Lirik ini ditulis dalam

bahasa Perancis pada tahun 1871 oleh Eugéne

Pottier. Muziknya digubah pada tahun 1888 oleh

Pierre Degeyter, orang Belgium.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas