Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~; rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~; merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; perasmian pengisytiharan (pelantikan, pe­nentuan, penetapan, pengangkatan, peng­umum­­an, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ras.mi] | راسمي

Definisi : disahkan atau ditentukan oleh kerajaan atau oleh pihak yg bertanggungjawab: bahasa ~; pakaian ~. merasmikan mengumumkan dgn rasmi; mengesahkan: Menteri Pelajaran telah hadir utk ~ seminar itu. perasmian perbuatan merasmikan; pengumuman yg rasmi; pengesahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasmi (adjektif)
Bersinonim dengan formal, sah, sahih, diluluskan, dibenarkan;,
Kata Terbitan : merasmikan, perasmian,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
official drugubat rasmiubat rasmiubat rasmiFarmasi
formalresmirasmirasmiLinguistik
official agendaagenda resmiagenda rasmiagenda rasmiSains Politik
official countpenghitungan resmipengiraan rasmipengiraan rasmiSains Politik
official languagebahasa resmibahasa rasmibahasa rasmiLinguistik
official dialectdialek resmidialek rasmidialek rasmiLinguistik
hieratic stylegaya resmigaya rasmigaya rasmiKesusasteraan
formal problemmasalah formalmasalah rasmimasalah rasmi/masalah formalSains Politik
unofficial participantpeserta/partisipan tak resmipeserta tidak rasmipeserta tak rasmiSains Politik
official policy makerpembuat kebijakan resmipenggubal dasar rasmipenggubal dasar rasmiSains Politik
12

Kembali ke atas